Cerita Auto

Takhta Siri TCR Asia Jadi Rebutan Di Buriram

Siri perlumbaan TCR Asia akan kembali ke Thailand pada hujung minggu ini untuk acara kedua dalam kalendar 2016 di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, di mana senarai kemasukan adalah mengagumkan termasuk beberapa pasukan tempatan yang bertanding dalam siri TCR Thailand.

15 kereta akan dimasukkan ke acara tersebut yang akan menyaksikan saingan sengit antara barisan bakat muda dan pelumba-pelumba kereta touring berpengalaman.

TCRAsia_KIC_R2_Sritrai_150516_med

Antara pelumba yang bakal beraksi termasuk pemenang acara Buriram 2015 dan pendahulu Tin Sritrai, yang terpaksa bekerja keras hujung minggu ini setelah bersetuju untuk memandu Ferrari 458 dalam kelas GTC di GT Asia bersama Voravud Bhirombhakdi.

Honda Civic CTR pasukannya terpaksa berhadapan dengan balast seberat 20 kg selepas kejayaan yang di raih Sritrai pada perlumbaan kedua di Korea. Pemenang perlumbaan pertama Roelof Bruins juga membawa beban tambahan seberat 30 kg, manakala Andy Yan dari pasukan Liqui Moly Engstler akan membawa beban 10 kg.

TCRAsia_KIC_R2_podium_150516_med

Ketiga-ketiga pelumba tersebut dijangka mendapat tentangan hebat dari peserta-peserta siri TCR Thailand termasuk Jack Lemvard dari Vattana Motorsport, Carlo Van Dam dari Singha Motorsport, Narasak Ittiritpong, Nattachak Hanjitkasem, dan Paritat Bulbon.

Pelumba-pelumba lain yang tersenarai adalah Bill O’Brien dan Kevin Tse dari TeamWork Motorsport, Filipe Souza dan Andy Yan dari Liqui Moly Engstler. Malaysia diwakili oleh pasukan Viper Niza Racing dengan Douglas Khoo sebagai pemandu. Roadstar Racing juga kembali dengan bosnya Kenneth Ma yang akan berlumba, manakala Korea Selatan menghantar Terrence Tse dan Yu Kam Cheong.

 

Previous post

Perodua Sumbang RM21,000 Kepada 7 Surau Di Selangor

Next post

Peningkatan Nilai Jenama Mercedes Terbaik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *