Cerita Auto

Subaru Pecah Rekod Sendiri Di Isle of Man TT

Juara rali Britain Mark Higgins yang memandu kereta Subaru WRX STI Time Attack telah berjaya mencatat rekod baru di Isle of Man TT baru-baru ini dengan masa 17 minit 35 saat dan kelajuan purata 207.17 km/j, sekaligus memecahkan rekod 19 minit 26 saat dan kelajuan purata 187.44 km/j yang dipegangnya sebelum ini.

Menurut Higgins, masa yang dicatatkan adalah amat baik walaupun berhadapan dengan cuaca panas dan permukaan jalan yang lembut. Casisnya sangat hebat untuk dipandu dan membantu pelumba itu untuk membaiki masa di setiap sektor litar yang panjangnya hampir 60 km itu.

Kereta WRX STI Time Attack yang dipandu Higgins dibina khusus untuk Isle of Man dengan kerjasama dari Prodrive untuk pembinaan dan reka bentuk serta Subaru Technica International untuk hal-hal teknikal. Ia memakai kit badan yang lebih garang lengkap dengan sayap belakang yang menonjol untuk tujuan aerodinamik. Enjinnya pula dikatakan enjin asal pengecas turbo asal 2.5 liter empat-silinder yang diubah suai.

Previous post

Nissan Guna Ladang Solar Untuk Menjana Pengeluaran Kereta UK

Next post

Chris Hoy Sedia Untuk Debut Di 24 Hours of Le Mans

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *