Berita Auto

Chris Hoy Sedia Untuk Debut Di 24 Hours of Le Mans

Lagenda acara berbasikal Olimpik Sir Chris Hoy kini bersedia untuk penampilan pertamanya di 24 Hours of Le Mans selepas menamatkan sesi latihan di litar de la Sarthe di Perancis.

Hoy akan memandu dalam kelas LM P2 bersama-sama dengan atlet Renault-Nissan Alliance Andrea Pizzitola dan pemandu Britain Mike Munemann. Mereka mewakili pasukan Algarve Pro Racing yang menggunakan kereta lumba Ligier.

nismo_2016le_mans_02-1200x800

Hoy yang juga merupakan juara kelas LM P3 Le Mans Eropah 2015 melengkapkan 30 pusingan atau 408.88 km sekitar litar terkenal itu dalam persediaannya untuk menjadi juara Olimpik pertama yang menyertai kejohanan endurance itu.

Selepas mencapai kejayaan di Olimpik 2012, Hoy bersara pada tahun berikutnya untuk menumpukan perhatian kepada “hobi” nya itu. Nissan yang merupakan penaja pasukan Olimpik Great Britain mula meletakkan Hoy di dalam Nissan GT-R NISMO GT3 pada kejohanan British GT 2014. Dia juga menyertai latihan intesif pelumba untuk mengasah bakatnya menjadi pelumba profesional.

nismo_2016le_mans_05-1200x800

Hoy menaiki podium pada musim pertamanya dan seterusnya memasuki kejohanan Le Mans dalam kelas LM P3, di mana dia berjaya merangkul tiga kemenangan dari empat perlumbaan pertama.

 

Previous post

Subaru Pecah Rekod Sendiri Di Isle of Man TT

Next post

Barisan Artis Grand Prix Singapura 2016 Diumumkan - Queen + Adam Lambert, Kylie Minogue, Bastille, Pentatonix & KC and the Sunshine Band

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *