Gaya Hidup

Proton Sedia Pemeriksaan Keselamatan Percuma Untuk Hari Raya

Selari dengan tradisi sambutan perayaan Hari Raya, Proton sekali lagi menyediakan pemeriksaan keselamatan 20-mata percuma kepada pelanggannya di stesen Petronas yang terpilih. Inisiatif ini merupakan kerjasama bersempena kempen Petronas “Coffee Break”.

Pemeriksaan keselamatan percuma ini sah dari 2 hingga 4 Julai 2016, dari jam 9 pagi hingga 7 malam. Wakil-wakil Proton akan ditempatkan di 10 stesen yang berbeza di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Pahang dan Kelantan.

Pemeriksaan keselamatan 20 mata ini termasuk pemeriksaan ke atas sistem brek, suspensi, tayar, bateri, bilah pengelap cermin, tali sawat, lampu dan paras cecair seperti minyak enjin, bendalir brek, bahan pendingin dan pencuci bilah. Bagi memeriahkan lagi sambutan ini, pemilik Proton juga akan dibekalkan dengan beg cenderahati yang diisi kuih-muih dan air mineral sebagai tanda penghargaan.

Pelanggan boleh singgah di mana-mana stesen Petronas seperti yang tertera di bawah:

Kawasan Pusat Bandar
– Stesen Petronas NKVE Subang, Selangor
– Stesen Petronas Penchala Link, Selangor (arah Damansara)

Kawasan Utara
– Stesen Petronas Taman Nilam Sari, Sungai Petani, Kedah
– Stesen Petronas Bandar Anak Bukit, Alor Setar, Kedah
– Stesen Petronas Tok Kangar, Juru, Penang

Kawasan Selatan
– Stesen Petronas Air Keroh 3, Peringgit, Melaka
– Stesen Petronas Bakri 2, Muar, Johor

Kawasan Pantai Timur
– Stesen Petronas Bentong R & R, Bentong, Pahang
– Stesen Petronas Gambang Arah Timur, Kuantan, Pahang
– Stesen Petronas Taman Guchil Jaya, Kuala Krai, Kelantan

Previous post

Petronas Sedia 900,000 Cawan Kopi Percuma Sempena Hari Raya

Next post

Hanya SUV Kecil Tucson Akan Menerima Penilaian Terbaik Oleh Kedua-dua Pemandu Dan Penumpang Ujian Kecil Overlap Crash Oleh IIHS

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *