Cerita Auto

Porsche Raih Juara Keseluruhan Ke-18 Selepas Drama Di Le Mans

Tiada siapa menjangka yang pertarungan sengit antara Toyota dan Porsche di 24 Hours of Le Mans baru-baru ini akan berakhir dengan penuh dramatik. Sebelum pusingan terakhir, harapan Toyota untuk menang tampak cerah tetapi kereta prototaip mereka secara tiba-tiba terhenti di dalam litar, sekaligus memberikan kemenangan kepada kereta Porsche 919 Hybrid #2 yang dipandu oleh Romain Dumas, Neel Jani dan Marc Lieb.

Porsche Team: Romain Dumas, Dr. Oliver Blume (Chairman of the Executive Board of Porsche AG) (l-r)

Kejayaan tersebut adalah kemenangan keseluruhan ke-18 untuk Porsche dalam perlumbaan yang dikatakan tersukar di dunia ini. Kemenangan tahun lepas dicapai oleh trio yang terdiri dari Earl Bamber, Nico Hülkenberg and Nick Tandy, juga dengan 919 Hybrid. Porsche mendapat kemenangan pertama mereka pada 14 June 1970 dengan kereta 917 KH Coupe yang dipandu oleh Hans Hermann dan Richard Attwood.

Porsche 919 Hybrid, Porsche Team: Timo Bernhard, Brendon Hartley, Mark Webber

Kereta 919 Hybrid #1 yang dikemudikan oleh Timo Bernhard, Brendon Hartley dan Mark Webber berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 walaupun menghabiskan banyak masa di pit. Ia mendapat tempat kelima dalam kelas LMP1. Dengan kutipan 71 mata, Porsche kini mendahului kedudukan FIA World Endurance Championship dengan jumpah keseluruhan 127 mata, di hadapan Audi (95 mata) dan Toyota (79 mata). Dumas, Jani dan Lieb pula menerajui senarai pelumba dengan 94 mata.

 

Previous post

Promosi Aidilfitri Toyota Tawarkan Rebat Tunai Dan Duit Raya

Next post

Honda Civic Type R Terpantas @ Silverstone, Spa, Monza, Estoril & Hungaroring

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *