Gaya Hidup

Perodua Beri Sumbangan Kepada 184 Keluarga Dan 24 Anak Yatim

Sempena meraikan bulan Ramadan, Perodua melalui Badan Agama Islam Perodua (BAIP), Jabatan Hal Ehwal Agama Perodua dan Masjid Nurul Islamiah, Sg.Choh telah mengagihkan barangan makanan keperluan harian kepada hampir 184 asnaf di sekitar kawasan tersebut di sini, baru-baru ini.

 

Selain itu, Perodua juga turut memberikan duit raya kepada 24 anak yatim di sekitar kawasan ini sebagai persedian mereka menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

 

Di majlis yang sama, Perodua telah mengadakan sesi bergotong royong bersama komuniti tempatan menerusi program Mahabbah Ramadan Perodua untuk menyediakan hidangan istimewa Ramadhan- bubur lambuk yang akan diagihkan kepada masyarakat di sini, hari ini.

 

“Program tanggungjawab korporat Perodua ini yang diadakan setiap tahun di bulan Ramadan adalah bertujuan untuk menjalinkan hubungan persahabatan serta mengukuhkan perpaduan dan ukhuwah di antara Perodua dan masyarakat setempat, tambahan pula majoriti penduduk qariah di kawasan ini adalah kakitangan Perodua,” Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata.

 

“Kami amat berterima kasih dengan masyarakat Hulu Selangor terutama sekali masyarakat Sg.Choh di atas sokongan yang diberikan kepada kami. Kami akan meneruskan aktiviti-aktiviti sebegini pada masa-masa akan datang- Insya Allah.” kata Aminar.

 

Turut hadir di majlis tersebut adalah Pengerusi Badan Agama Islam Perodua (BAIP), Tuan Haji Noor Hashiman Hashim serta Nazir Masjid Nurul Islamiah, Tuan Haji Khairuddin Mohd Yassin.

 

Acara bermula pada jam1.00 tengah hari dengan sesi gotong royong bagi menyediakan bahan-bahan bubur lambuk yang disertai oleh 50 sukarelawan Perodua dengan dibantu oleh komuniti tempatan.

Antara aktiviti yang diadakan ialah majlis berbuka puasa, tahlil, doa selamat dan juga solat terawih bersama masyarakat di kawasan ini.

DSC_5434

 

 

Previous post

Bagaimana Untuk Bertenang Di Jalan Raya Dan Mengurangkan Belanja Pada Musim Perayaan Ini

Next post

Promosi Aidilfitri Toyota Tawarkan Rebat Tunai Dan Duit Raya

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *