Berita Auto

Michael Bay Dedah Chevrolet Camaro Bumblebee Baharu

Selain dari Optimus Prime, Bumbleebee juga merupakan watak yang diminati ramai dalam filem Transformers yang diarahkan oleh Micheal Bay. Bagi filem kelima di bawah francais itu yang bertajuk Transformers: The Last Knight, watak Bumbleebee akan dimainkan oleh Chevrolet Camaro yang diubah suai.

Dibina berdasarkan Camaro generasi keenam, kereta muscle yang didedahkan melalui akaun Twitter milik Bay itu menampilkan reka bentuk kustom yang nyata lebih ekstrem berbanding model biasa. Muka hadapannya yang lebih garang memaparkan rekaan bumper yang diubahsuai, lengkap dengan perumah lampu kabus yang lebih agresif serta splitter yang tajam.

Selain itu, ia turut didatangkan dengan skirt sisi, cermin sisi yang kecil dan juga spoiler belakang yang lebih menonjol. Akhir sekali, Camaro ini tampil dengan warna kuning dan hitam yang sesuai dengan watak yang dibawanya. Jika dilihat pada hudnya yang membonjol, model ini mungkin dikuasakan enjin LT1 6.2 liter V8 dari model Camaro ZL1.

Filem yang dijangka akan ditayang bermula Jun 2017 itu akan menampilkan Mark Wahlberg sebagai watak utama, Josh Duhamel yang memainkan watak pegawai tentera bernama William Lennox, serta Sir Anthony Hopkins yang merupakan rekrut baru.

Previous post

Volvo Lapor 5.5% Pertumbuhan Jualan Global di Bulan Mei

Next post

Panggilan Balik Fiat 500E. Tetapi Ada Ke Di Negara Kita?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *