Cerita Auto

Mercedes-AMG Akhirnya Dedahkan GT R

Mercedes-AMG GT R yang baru saja didedahkan ini merupakan ahli ketiga bagi keluarga AMG GT. Dibangunkan secara meluas di litar Nurburgring, GT R didatangkan dengan barisan teknologi terkini diadun dengan berat yang diturunkan untuk prestasi yang lebih mengancam.

Mercedes-AMG GT R 05

Bermula dari luar, GT R dinaik taraf dengan ciri-ciri aerodinamik terbaru seperti splitter hadapan, lubang ambilan udara dengan teknologi Air Curtain, spoiler belakang tetap, dan gril hadapan aktif yang boleh membuka untuk menyuap lebih banyak udara ke enjin. Ia juga mempunyai komponen gentian karbon di bahagian bawah badan yang boleh direndahkan sebanyak 40 mm untuk efek yang lebih ‘melekat’.

Mercedes-AMG GT R 04

Ia dicat dalam warna Green Hell Magno sempena dengan litar tempatnya dibangunkan, manakala gril hadapannya merupakan penghormatan kepada kereta lumba Mercedes- Benz 300 kereta SL yang memenangi perlumbaan Panamericana di Mexico pada tahun 1952. Batang menegaknya yang disadur krom pula merujuk kepada kereta lumba AMG GT3 baharu. Bahagian belakangnya pula menerima ‘diffuser’ baharu dengan tiga saluran ekzos.

Mercedes-AMG GT R 03

Seperti AMG GT yang lain, GT R dikuasakan enjin 4.0 liter twin-turbo V8. Bagaimanapun, kuasa telah dipertingkatkan dari 503 hp/650 Nm (AMG GT S) ke 577 hp dan tork maksimum 700 Nm. Kuasa disalurkan melalui transmisi AMG Speedshift DCT tujuh kelajuan yang turut membantu kereta itu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 3.6 saat. Ia dikatakan mampu mencapai kelajuan melebihi 300 km/j.

Mercedes-AMG GT R 06

Aspek pengendalian pula ditambah baik dengan suspensi ‘coil-over’ yang dibangunkan khas untuk penggunaan litar. Ia dipadankan dengan sistem penyerap hentak AMG Ride Control yang berubah-ubah mengikut gaya pemanduan dan permukaan jalan. Seperti Porsche 911, GT R juga dilengkapi dengan sistem ‘rear-wheel steering’ yang boleh mengawal sudut ‘toe’ tayar belakang sehingga 1.5 darjah.

Selain itu, turut terdapat AMG Traction Control, ‘limited-slip differential’ pada gandar belakang dan sistem stereng sensitif kelajuan. Tiga mod pemanduan boleh dipilih: ‘Comfort’ untuk jalan awam, ‘Sport’ untuk litar dinamik seperti Nurburgring serta ‘Sport Plus’ yang lebih sesuai untuk litar yang rata seperti di Hockenheim.

Mercedes-AMG GT R 02

Mercedes-AMG GT R bakal membuat kemunculan pertamanya pada 24 Jun ini di litar Brooklands di England. Ia akan dijual di pasaran Eropah bermula Mac 2017.

 

Previous post

Nilai Kereta Reconditioned Akan Menjunam Terima Kasih Kepada Brexit

Next post

VUHL 05RR Muncul Di Goodwood Festival of Speed

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *