Gaya Hidup

Menangi Jersi Edisi Terhad Melalui Kempen Petronas Awesome Bola

Sempena dengan kejohanan UEFA Euro 2016 yang sedang berlangsung, Petronas telah melancarkan kempen Awesome Bola yang menawarkan lebih 1,300 hadiah untuk dimenangi dari 11 Jun hingga 11 July 2016.

1o jersi pasukan Euro 2016, 20 jersi Adidas Petronas edisi terhad, dan 15 bola sepak Adidas boleh dimenangi setiap hari. Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu berbelanja sebanyak RM40 dan gunakan Ked Mesra mereka di mana-mana stesen Petronas atau Kedai Mesra.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus berkata: “Kami teruja untuk melancarkan kempen Awesome Bola yang menghargai semangat kesukanan rakyat Malaysia. Justeru, Petronas menjemput anda untuk sama-sama merasai keseronokan ini. Menangi jersi edisi terhad dan ambil bahagian dalam kemeriahan perlawanan bola sepak Euro 2016.”

Tambahan pula, pelanggan juga boleh memenangi hadiah menarik di siri jelajah Petronas, di mana trak Awesome Bola akan tampil. Tarikh dan masa akan diumumkan kemudian menerusi platform media sosial Petronas.

 

 

Previous post

Fakta Yang Perlu Diketahui Jaguar XF Semua Baharu

Next post

Beli MINI Countryman Dan Nikmati Ansuran Percuma Selama Dua Bulan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *