Gaya Hidup

Lindungi Cat Kereta Anda

Jika anda beli kereta baru atau baru cat kereta anda, anda patut pelihara cat kereta anda. Terdapat berbagai-bagai jenis sistem perlindungan cat di pasaran sekarang. Yang murah terlalu murah dan yang mahal terlalu mahal. Anda harus buat sedikit penyelidikan dan perbandingan untuk mendapatkan sistem perlindungan cat yang sesuai untuk anda dan kereta anda.

Salah satu daripadanya adalah daripda Shine ‘N’ Shield di Bandar Sunway, Selangor. Mereka mengunakan Sistem Perlindungan Cat Polarized dimana mereka mengunakan teflon untuk melindungi cat kereta. Teflon adalah bahan yang di gunakan oleh kebanyakan  kapal-kapal terbang dan yang paling kita kenal adalah pada periuk, belanga dan kuali tanpa lekat yang ramai gunakan hari ini. Ya, teflon itulah yang digunakan mereka.

Saya menggunakan sistem ini untuk kereta saya sejak saya beli kereta saya dulu pada tahun 2011. Selama 5 tahun saya tak pernah wax atau polish. Saya cuma basuh biasa dan lap kering. Setiap 6-8 bulan sekali saya pergi balik ke kedai ini untuk lakukan penyelenggaraan. Jika anda ikuti saya di facebook, twitter, instagram dan You Tube anda mungkin perasan bahawa kereta saya berkilat 24 jam sehari 7 hari seminggu. Saya suka kereta saya sentiasa kilat dan kelihatan seperti baru memanjang. Sistem seperti ini membantu saya mencapai matlamat ini sambil menjimatkan wang. Sistem ini kilat, tahan dan yang paling saya suka ialah harganya. 1/3 daripada kos  sistem lain yang berprestij.

Saya baru-baru ni telah mengecat kereta saya semula kerana dah banyak, calar-calar, kesan batu dan lekuk-lekuk. Cat baru jadi kenalah buat balik  perlindungan cat supaya ia akan sentiasa seperti baru.

Tontonlah video saya rakam sendiri proses sistem perlindungan PPS ini:

 

Untuk maklumat lanjut mengenai PPS sila layari:

http://www.shinenshield.com/

Previous post

Mitsubishi Motors Malaysia Panggil Balik Triton Atas Isu Beg Udara Takata

Next post

Pandu Uji Volkswagen Vento Highline 1.2 TSI

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *