Berita Auto

Lexus ES 250 Luxury Edisi Terhad Tampil Dengan Dua Warna Eksklusif

Lexus Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan model edisi terhad Lexus ES 250 Luxury yang boleh didapati dalam dua warna eksklusif iaitu Deep Blue Mica dan Sleek Ecru Metallic. Varian ini terhad kepada 50 unit sahaja (25 unit bagi setiap warna).

ES 250 Luxury juga didatangkan dengan kemasan dalaman Bamboo serta kayu yang dipadankan dengan skim warna Topaz Brown yang merupakan ciri eksklusif untuk model edisi terhad itu.

Lexus ES_BlueMica

Sedan itu dikuasakan enjin petrol 2AR-FE bersesaran 2.5 liter dengan teknologi Dual VVT-i dan ACIS-III yang menjana 181 hp pada 6,000 rpm dan tork 235 Nm pada 4,100 rpm. Ianya dijual pada harga yang sama seperti sebelum ini iaitu RM293,900 bersama dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Tempahan boleh dibuat di semua pusat Lexus.

 

Previous post

Pembukaan Rasmi Pusat Pameran 3S Proton Di Chile

Next post

Penutupan Terowong Genting Sempah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *