Gaya Hidup

Penutupan Terowong Genting Sempah

ANIH Berhad ingin memaklumkan bahawa Terowong Genting Sempah hala Timur akan ditutup kepada lalu lintas bermula jam 8 pagi, 13 Jun hingga 12 tengah malam, 17 Jun 2016. Penutupan ini adalah bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan sistem dan pembaikan jalan di dalam terowong.

Susulan itu, ANIH Berhad mengambil langkah alternatif dengan mengaktifkan satu laluan kontra di Terowong Genting Sempah hala Barat bagi memudahkan pengguna lebuh raya hala timur menuju ke Kuantan. Kerja-kerja penyelenggaraan ini merupakan penyelenggaraan secara berkala dan telah mendapat kelulusan dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Pihak ANIH Berhad terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih di atas perhatian dan kerjasama dari semua pengguna lebuh raya.

Pengguna LPT disarankan mengikuti laman sosial rasmi iaitu Facebook Lebuhraya Pantai Timur dan laman Twitter @LPTTrafik atau menghubungi talian LPT-Line di 09-5947 111 bagi mengetahui sebarang perkembangan terkini di LPT.

tunnel-closure

 

Previous post

Lexus ES 250 Luxury Edisi Terhad Tampil Dengan Dua Warna Eksklusif

Next post

Perodua Sumbang RM21,000 Kepada 7 Surau Di Selangor

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *