Gaya Hidup

Leona Chin Miliki Mitsubishi Triton VGT Adventure Generasi ke-5

Leona Chin- Atlet Motorsports Professional Malaysia baru-baru ini menjadi pemilik  Mitsubishi Triton VGT Adventure generasi kelima.

“Apa yang saya suka tentang Triton? Ia memberikan saya imbangan kuasa, sporty disamping sebuah trak utiliti yang praktikal. Saya akan menggunakan Triton saya unyuk membawa peralatan perlumbaan saya seperti jack, toolbox, tayar dan kanopi apabila saya pergi untuk berlatih di litar tempatan. Selain dari itu, ianya akan digunakan untuk jalan-jalan cari makan dengan ibu saya!” kata Leona.

Leona mula menceburi sukan permotoran semasa beliau berumur 20 tahun dan terus digelar ‘gadis drifter’. Dia mula drifting sebagai hobi dalam litar go kart yang kecil dan setelah mengetahui bahawa dia mempunyai minat drifting; Leona membawanya ke tahap yang seterusnya, mencuba perlumbaan litar litar dan endurance.

2016, Leona berlumba dalam siri perlumbaan peringkat Asia dipanggil ‘Clio Cup China Series’. Siri ini menyediakan platform untuk berkongsi minat perlumbaan dan budaya untuk pemilik kereta dan peminat menubuhkan Formula Racing Development (FRD) Motorsports. Siri ini juga untuk menguji teknik keseluruhan pemandu dari negara-negara Asia.

Antara pencapaian Leona baru-baru ini: tempat kedua Perlumbaan  Clio Cup China Siri 2016 dikedua-dua Race 3 dan Race 4 di Yeongnam Korea. Tempat kedua untuk Kejohanan British Caterham Motorsports 2015 di Litar Antarabangsa Sepang untuk Pusingan 6 dan tempat ketiga untuk Pusingan 9.

 

No Varian Harga On-The-Road tanpa insuran termasuk GST Semenanjung Malaysia Warna
1 Triton VGT Adventure Automatic 122,487.84 Earth Green, Pearl White, Shadow Black, Red Solid
2 Triton VGT Automatic 116,053.20 Sterling Silver, Pearl White, Shadow Black
3 Triton VGT Manual 104,383.92
4 Triton Manual 97,949.28 Sterling Silver,White Solid
5 Triton Quest Manual 4×2 87,052.44

 

Datang dengan 2 Tahun Penyelenggaraan Percuma dan jaminan kilang 3 tahun atau 100,000 km pertama.

Untuk maklumat lanjut dan untuk mendaftar minat, sila layari www.mitsubishi-motors.com.my atau hubungi Mitsubishi Motors Customer Careline di 1800 18 6611 (9 pg – 5 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum).

CEO of MMM, Mr Yang Won-Chul handing over the all-new Triton VGT to Leona Chin

Previous post

Penjimatan Servis Untuk Semua Model Hyundai

Next post

BMW Group Malaysia Perkenal BMW 4 Series Baharu Serta Pengumuman Harga Khas BMW X6

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *