Gaya Hidup

Laser Racing Raih Mata Berharga Di Darwin

Juara Porsche Carrera Cup Australia 2014, Steven Richards dan pasukan Laser Racing membuat kemunculan semula di kejohanan itu yang diadakan di litar Hidden Valley, Darwin buat pertama kali dalam tempoh sembilan tahun.

Walaupun agak pendek, litar tersebut mempunyai salah satu laluan lurus yang terpanjang di negara itu, di mana aksi potong-memotong menjadi tumpuan utama.

Captured at Round 4 of the Porsche Carrera Cup at the Darwin Triple Crown, Hidden Valley Raceway, Darwin, Northern Territory, Australia.

Richards bermula di barisan kedua untuk Perlumbaan 1 setelah mencatat masa ketiga terpantas semasa pusingan kelayakan. Permulaan yang cemerlang menyaksikan pemandu itu mendahului perlumbaan untuk seketika, sebelum dipotong pesaing lain dan seterusnya menamatkan perlumbaan di tempat kelima.

Pasukan Laser Racing berjaya membaiki kedudukan pada Perlumbaan 2 dengan kedudukan kedua selepas enam lap. Namun, brek yang lewat menyebabkan Richards terbabas keluar dari litar, sekaligus memberi ruang untuk Alex Davison and Nick McBride untuk memotong dan menghabiskan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga di hadapannya.

Captured at Round 4 of the Porsche Carrera Cup at the Darwin Triple Crown, Hidden Valley Raceway, Darwin, Northern Territory, Australia.

Untuk perlumbaan terakhir, Richards berjaya mempertahankan tempat keduanya sehingga tamat perlumbaan, dua saat di belakang Alex Davison. Keputusan itu memberi mata berharga yang menyaksikan pemandu Laser Racing itu memanjat dua tempat keseluruhan kejohanan.

Pusingan kelima Porsche Carrera Cup Australia musim 2016 akan diadakan di Sydney Motorsport Park bersama V8 Supercars, pada akhir bulan Ogos (26-28).

 

 

Previous post

Nabil Jeffri Kutip Mata GP2 Pertama Di Azerbaijan

Next post

Jenama Kereta Yang Paling Berharga Di Dunia Dalam Berbilion-bilion

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *