Berita Auto

Lamborghini Aventador Miura Penghormatan Ulangtahun Ke 50 Miura

Automobili Lamborghini memperkenalkna Aventador  Miura Homage, edisi khas coupe Aventador semasa yang memberi penghormatan kepada Miura, pelopor semua kereta sukan super V12 Lamborghini pada tahun ulangtahun ke-50. Hanya 50 unit kereta itu akan dikeluarkan, majoriti telah dijual, yang boleh didapati di pasaran terpilih di seluruh dunia.

Dicipta oleh Ad Personam studio Lamborghini, Aventador Miura Homage mencerminkan warna dan spesifikasi model asal Miura. Badan atas dalam satu warna dilengkapi dengan badan bawah dan bendul dalam warna yang berbeza. Miura asal telah dihasilkan dalam pelbagai jenis warna dan trim, sering mengikut spesifikasi tertentu pelanggan, dengan enam daripada colourways solid dan metallic yang paling ikonik dipilih untuk Aventador Miura Homage termasuk Rosso Arancio Miura (warna solid); Verde Scandal (solid); dan Blu Tahiti (metallic).

2

Penghormatan luaran Aventador kepada Miura terus dengan 20 “/ 21” rim Dione sama ada matt silcer atau gold. Lencana metallic Miura di sebelah dan logo Lamborghini hitam di belakang, bersama-sama dengan plat edisi terhad diletakkan di dalam kereta dengan jelas denominates Aventador Miura Homage.

Dua pilihan warna dalaman ditawarkan,  Nero Ade sepenuhnya atau kulit Terra Emilia dengan jahitan tone-on-tone dan pakej serat karbon sebagai standard. Logo Miura ke-50  dijahit ke dalam bahagian atas kerusi dalam emas atau perak untuk mencerminkan livery kereta, dan huruf ‘Lamborghini’ bersulam pada kulit papan-muka.

Enjin 6.5 litre V12 Aventador Miura Homage ini menghasilkan 700 hp pada 8,250 rpm dan tork maksimum 690 Nm pada 5,500 rpm. Memecut dari 0-100 km / j dalam hanya 2.9 saat, Aventador Miura Homage mempunyai kelajuan tertinggi 350 Km / h.

3

 

Previous post

Audi Akhirnya Menang Di Norisring

Next post

Topi Keledar Bell Dengan Teknologi MIPS

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *