Gaya Hidup

Jazeman Jaafar Sedia Hadapi Cabaran Enam Jam Di Paul Ricard

Selepas menjadi pemandu Asia pertama untuk menang di litar Silverstone sebelum ini, Jazeman Jaafar meneruskan kempen Blancpain Endurance Series-nya di litar Paul Ricard di Le Castellat hujung minggu ini.

Untuk perlumbaan yang lebih mencabar, acara 1,000 km itu akan berlangsung selama enam jam, bermula dari sebelum senja pada pukul 6.00 dan akan berakhir tepat jam 12 tengah malam.

Jafaar_BES_Silverstone2016-10

Jazeman bakal menyertai semula rakan sepasukannya di HTP Motorsport iaitu Maxi Buhk dan Dominik Baumann dan mereka bertiga akan berkongsi sebuah Mercedes AMG GT3, salah satu dari 57 buah kereta yang akan berada di grid di Paul Ricard nanti. Perlumbaan hujung minggu ini akan mengikut format pendek dengan sesi latihan dan pra-kelayakan diadakan pada hari Jumaat, kelayakin akhir pada hari Sabtu, diikuti oleh perlumbaan pada hari sama.

 

Previous post

Hanya Hyundai Tucson Dapat Penilaian Keselamatan Terbaik Untuk SUV Kecil Dari IIHS

Next post

Lotus 3-Eleven Dan Elise 250 Cup Siap Dipasang Di Hethel

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *