Gaya Hidup

Hyundai-Sime Darby Motors Tawar Pemeriksaan Keselamatan 12 point Percuma Untuk Semua Kereta

Bersempena dengan musim balik kampung Hari Raya ini, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) akan menganjurkan kempen kesedaran keselamatan jalan raya yang pertama yang menawarkan pemeriksaan 12 point percuma untuk semua kereta tanpa mengira jenama di stesen minyak Shell terpilih dari 29 Mei hingga 17 Julai 2016.

hyundai-sonata-2015

Dalam tempoh kempen ini, juruteknik Hyundai akan bersiap sedia dari pukul 10 pagi hingga 5 petang untuk menjalankan pemeriksaan keselamatan dan menasihati pemilik kereta sewajarnya sekiranya terdapat masalah dengan kereta mereka atau bahagian yang haus dan yang memerlukan penggantian.

Sebagai sebahagian daripada kempen keselamatan, pemilik kereta akan juga diberi pendidikan mengenai langkah-langkah keselamatan dan penyelenggaraan kereta yang betul untuk memastikan bahawa kereta mereka adalah bebas masalah. Stesen-stesen Shell yang terlibat:

▪   Shell NKVE (Lebuhraya Utara Selatan, KM15.8) – 29 Mei

▪   Shell Sinaran Tuah Selatan (Batu 11, Lebuhraya Pontian-Johor Bahru) – 5 Jun

▪   Shell Isfa Filling Station (Lebuhraya Sg Petani-Juru, KM141.8) – 12 Jun

▪   Shell Merdeka Jayabumi Enterprise (Arah KL PLUS Mukim KM28.7 – near Jalan Duta Toll) – 17 Julai

Menurut laporan berita baru-baru ini, kemalangan jalan raya meningkat sebanyak 3 peratus kepada 489,606 kes pada tahun lepas berbanding tahun sebelumnya dan ia telah menunjukkan arah aliran meningkat tahun ke tahun. Kenaikan jumlah trafik di lebuh raya terutama pada musim perayaan menyebabkan risiko kemalangan yang lebih tinggi. Dengan kempen kesedaran keselamatan ini, HSDM mengharap dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penyelenggaraan kereta biasa untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini dan kemalangan.

Hari Raya traffic2

Untuk keterangan lanjut hubungi Hyundai Customer Careline at 1-300-13-2000.

Previous post

Ribut Menumbang Pokok & Merosak Kereta. Siapakah Yang Akan Membantu?

Next post

Adam Dapat Tips Berharga Dari Zulfahmi Untuk MotoGP Catalunya

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *