Berita Auto

Goodyear Terima Anugerah Jenama Yang Dipercayai Reader’s Digest Kali Ke-8

Goodyear telah menerima Anugerah Jenama Yang Dipercayai Reader’s Digest Malaysia buat kali kelapan berturut-turut. Pengiktirafan ini membuktikan bahawa Goodyear adalah jenama tayar yang dipercayai di negara ini.

Berdasarkan pada kajian yang tertumpu kepada pendapat dan maklum balas pengguna, penyelidikan Reader’s Digest diiktiraf sebagai salah satu kaji selidik penjenamaan yang paling meluas dan objektif di rantau ini. Ia mengiktiraf jenama dipercayai yang mempunyai tarikan antarabangsa, dan yang membezakan diri mereka dalam pasaran domestik melalui kenalan dan pendekatan setempat.

“Kami gembira untuk menerima anugerah ini sekali lagi kerana ia menunjukkan kejayaan perniagaan kami dalam mendapatkan kepercayaan dan kesetiaan pelanggan kepada produk kami. Fokus Goodyear adalah pelanggan, meningkatkan pengalaman memandu mereka dengan tayar dan perkhidmatan inovatif yang menangani gaya hidup mereka yang sentiasa berubah,” Andy Cooper, Pengarah Urusan Goodyear ASEAN, Korea, Taiwan dan Pasaran Pengedar AP.

Kini dalam tahun ke-18, Anugerah Jenama Yang Dipercayai Reader’s Digest adalah berdasarkan maklum balas pengguna tentang enam faktor kualitatif: amanah dan kredibiliti, kualiti, nilai, pemahaman tentang keperluan pengguna, inovasi, dan tanggungjawab sosial. Kaji selidik untuk anugerah itu dijalankan oleh Ipsos di lima pasaran utama di Asia iaitu Malaysia, Hong Kong, Filipina, Singapura dan Taiwan.

Previous post

Fuji Heavy Industries Akan Secara Rasminya Dinamakan 'Subaru Corporation'

Next post

UMW Toyota Motor Panggil Balik Toyota Prius dan Lexus CT200h

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *