Berita Auto

Ford Mustang Baharu Diserahkan Kepada Pemilik Pertama Di Malaysia

Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz menyerahkan Ford Mustang serba baharu kepada Ganesan A/L Selvaraj, pelanggan pertama yang mendapatkan kereta muscle Amerika itu sebaik sahaja ia tiba di pasaran Malaysia.

Ganesan memilih varian 5.0 liter V8 kerana kuasanya yang memompa adrenalin, ikonik, reka bentuk berarca, selain prestasi dan pengendalian mengagumkan. Mustang dilancarkan di Malaysia awal bulan ini dengan dua pilihan enjin: 5.0-liter V8 yang mampu menghasilkan kuasa 416 PS dan tork 530 Nm serta 2.3-liter EcoBoost pengecas turbo canggih yang berupaya menjana kuasa 317 PS dan tork 432 Nm.

Previous post

Video Model Mercedes-Benz E-Class 2017

Next post

Volkswagen Malaysia Lancar Promosi Raya Dengan Rebat Tunai Dan “Duit Raya”

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *