Berita Auto

BMW Bahagian “i” Mula Mengusahakan Kereta Pandu Sendiri

bmw_i8_4

BMW telah menukarkan bahagian “i” mereka kepada pusat pembangunan untuk kereta pandu sendiri, Ketua R & D Klaus Froehlich berkata, dalam satu anjakan strategik utama untuk unit sebelum ini memberi tumpuan kepada membuat keluarga kenderaan elektrik ringan.

Walaupun Model Tesla 3 akan muncul di bilik pameran pada tahun 2017 dan saingan lain, Porsche dan Audi bekerja kearah kereta semua-elektrik mereka dikeluarkan menjelang 2019, pembuat kereta Jerman ini nampaknya telah meletakkan kereta itu dibelakang mereka. Kereta sepenuh elektrik mereka seterusnya hanya  akan datang pada tahun 2021.

bmw_i8_2

Syarikat ini telah berubah hala tuju selepas kereta sepenuhnya bateri itu, i3, gagal mendapat sambutan orang ramai, dengan hanya 25,000 jualan tahun lepas. Sebaliknya, Tesla telah menerima lebih daripada 370,000 pesanan untuk Model 3 mereka.

Sekarang, daripada mencuba untuk bersaing dengan Tesla dan Porsche dengan limosin sport pelepasan sifar baharu dijangka keluar dalam tempoh dua tahun lagi, tumpuan utamanya adalah untuk membina sebuah kereta elektrik generasi akan datang berteknologi: pemanduan autonomi.

Sebagai sebahagian daripada usaha pemanduan autonominya BMW mencari pekerja pakar dalam machine learning dan artificial intelligence. Ia juga mengintegrasikan fungsi sistem bantuan dorongan komputer sedia ada seperti cruise control, brek kecemasan, lane-keeping support dan pakir automatik.

bmw_i8_3

bmw_i8_5

 

Previous post

Ambil Delivery Audi Baharu Anda Di Ingolstadt

Next post

5 Sebab Anda Mungkin Mahukan Proton Perdana Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *