Cerita Auto

UD Trucks Lancar Trak Quester 8L

Tan Chong Industrial Equipment (TCIE), pengedar tunggal UD Trucks di Malaysia, hari ini memperkenalkan model terbaharu Quester, iaitu Quester 8L ke pasaran negara ini. Dengan pengenalan model baharu ini, bersama dengan model Quester 11L yang dilancarkan pada penghujung 2013, UD Trucks telah mengembangkan rangkaian trak tugasan beratnya untuk pelbagai industri.

SONY DSC

Berucap di majlis pelancaran, Tan Keng Meng, Pengarah Eksekutif TCIE berkata, “Sejak Quester diperkenalkan, kami telah menerima sambutan yang baik dari para pelanggan kami dan ini terbukti dengan adanya pelanggan yang telah membuat tempahan awal dan akan menerima trak baru mereka pada hari ini!”

SONY DSC

Model baharu Quester 8L didatangkan dalam konfigurasi 4×2, 6×2, dan 6×4. Kesemua varian dilengkapi dengan ciri-ciri terkini seperti sistem UD Telematics yang membantu pelanggan memantau keadaan trak dan tingkah-laku pemanduan mereka. Salah satu ciri utama sistem ini adalah keupayaannya untuk melatih pemandu untuk memandu dalam cara yang paling menjimatkan bahan api.

Selain itu, trak Quester 8L juga didatangkan dengan sistem Fuel Coach yang boleh diakses melalui sebuah skrin 4.5 inci yang terletak pada papan pemuka. Sistem ini menyediakan pelbagai panduan kepada pemandu melalui simbol-simbol pada skrin.

SONY DSC

Dari segi keselamatan pula, model ini mempunyai casis yang kukuh serta kabin yang luas dan selesa untuk mengurangkan keletihan pemandu. Ia juga  memenuhi keperluan standard kemalangan Eropah (UN ECE R29).

TCIE mempunyai perkhidmatan pasca-jualan secara menyeluruh, termasuk 42 pusat servis di seluruh negara. Pemandu yang tidak berkesempatan untuk mengunjungi pusat servis boleh menggunakan perkhidmatan pusat servis bergerak yang lengkap dengan alat ganti tulen.

SONY DSC

Pelanggan yang membeli trak Quester boleh menikmati penyelenggaraan percuma selama satu tahun, di samping menerima jaminan kenderaan selama dua tahun. TCIE juga menwarkan harga promosi istimewa buat tempahan untuk kedua-dua model UD Quester dari sekarang hingga 30 Jun, terhad kepada bilangan kenderaan.

Previous post

BMW X1 dan BMW X4 Baharu Pemasangan Tempatan Terima Insentif Status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) Khas dan BMW xDrive Xperience 2016 Dilancarkan Secara Rasmi

Next post

Ford Ranger Mempersembahkan: Built Ford Tough. Kekal Tenang Di Bawah Tekanan. 

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *