Gaya Hidup

Terokai Kemungkinan Di Acara Jual Beli Di BMW Premium Selection Pada Hujung Minggu xDrive Xperience

Sempena acara BMW xDrive Xperience yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini, para pengedar BMW Premium Selection (BPS), divisyen Kereta Terpakai BMW akan menawarkan program jual beli istimewa selama dua hujung minggu iaitu pada 21-22 dan 28-29 Mei 2016.

Justeru, BMW Group Malaysia menjemput orang ramai mengunjungi mana-mana bilik pameran BPS untuk menikmati tawaran jual beli yang menarik bagi kenderaan mereka, selain meneroka kemungkinan membeli model-model BMW X yang baru.

Sebagai satu-satunya rangkaian pengedar yang menawarkan kereta terpakai yang telah diluluskan, BPS menyediakan pelbagai faedah. Ini termasuklah program Jaminan BMW minimum selama setahun atau sehingga 200,000km dan pemeriksaan kenderaan 360º dengan sejarah yang lengkap dan telah disahkan. Malah, manfaat seperti Pembiayaan Kredit BMW istimewa, keahlian BMW White Card dan Bantuan Tepi Jalan BMW turut disediakan.

Tawaran terhad boleh didapati di bilik pameran BPS berikut:

BMW xDrive Xperience

Maklumat lanjut, sila layari laman web: http://www.bmw.com.my/xDriveXperience.

Previous post

Ford Berjaya Menghasilkan Plastik Daripada Karbon Dioksida

Next post

Ford GT Boleh Dipasang Dengan Rim Gentian-Karbon Opsional

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *