Gaya Hidup

Suzuki Motor Mempunyai 16 Model Dengan Data Pelepasan Yang Mencurigakan

Suzuki Motor baru sahaja menyatakan bahawa mereka telah mengunakan kaedah ujian  penjimatan bahan api dan pelepasan yang berbeza daripada peraturan Jepun dengan 16 model mereka yang kini dijual di negara mereka tetapi ujian yang betul tidak menunjukkan keperluan untuk meminda data.

suzukicelerio_1

Pembuat kereta keempat besar Jepun berkata kaedah ujian yang tidak sepatutnya itu digunakan sejak 2010, dan sekitar 2.1 juta kenderaan terjejas. Percanggahan itu tidak menjejaskan mana-mana kenderaan Suzuki luar negara.

suzuki-ciaz_10

CEO Osamu Suzuki memberitahu pemberita bahawa pekerjanya tidak sengaja menggunakan data yang tidak betul. “Syarikat itu meminta maaf kerana kami tidak mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh negara ini,” katanya. Mereka merancang untuk terus menjual kereta ini memandangkan bacaan baru tidak menyimpang jauh daripada yang dikemukakan sebelum ini, sambil menambah bahawa ia tidak melihat banyak kesan ke atas pendapatan buat masa sekarang.

Suzuki berkata, ia diukur mengikut data yang berkaitan dengan komponen seperti tayar, brek dan transmisi, dan digabungkan hasil tersebut dengan ujian rintangan udara di dalam terowong angin.

Suzuki pakar dalam kenderaan mini, yang mempunyai enjin sehingga 660cc dan mendapat layanan cukai khas di bawah undang-undang Jepun. Ia menguasai kira-kira satu pertiga daripada pasaran kenderaan mini di negara Jepun, di mana ia ketinggalan hanya dibelakang  Daihatsu.

suzuki-a-wind-81

 

Previous post

Toyota Sienta Buat Kemunculan Mengejut Di MY Auto Fest 2016

Next post

Video Menjelaskan Pacuan 4-Roda Mitsubishi

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *