Berita Auto

Proton Panggil Semula Inspira Dan Exora CPS 1.6

Proton Holdings Berhad telah mengumumkan panggilan semula 20,330 unit Proton Inspira yang dikeluarkan dari tahun 2010 hingga 2014. Inisiatif ini merujuk kepada kenyataan yang dibuat Mitsubishi Motors Japan pada 18 Februari 2016 di mana model-model terpilih keluaran jenama itu (termasuk Inspira) telah dipanggil balik atas sebab kerosakan suis indikator.

Pada masa yang sama, Proton juga telah memanggil semula 90,000 unit Exora CPS 1.6 yang dikeluarkan dari tahun 2009 hingga 2015 untuk pemeriksaan laluan saluran bahan api pada bahagian enjin.

Semua pemilik yang terilbat dinasihatkan untuk membuat temujanji dengan pusat perkhidmatan yang terdekat bagi pemeriksaan lanjut. Semua kos pekerja dan bahagian-bahagian yang berkaitan dengan isu-isu ini akan ditanggung oleh pihak Proton.

Pelanggan disarankan untuk menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Proton di talian 1-800-888-398 atau e-mel kepada customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh melayari lama web www.proton.com atau www.carinquiry.proton.com untuk mengenalpasti sekiranya kereta mereka terlibat dalam pemeriksaan ini.

 

Previous post

Isuzu Lancar D-Max Beast Edisi Terhad - Harga Dari RM119,559

Next post

Paling Laris: Porsche Classic Motoroil Untuk Enjin Air-Cooled

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *