Gaya Hidup

Perlumbaan Drag Battle Series Sepang 2016 Dibatalkan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) terpaksa mengeluarkan perlumbaan kereta Drag Battle Series bagi edisi 2016 daripada kalendar SIC untuk memastikan keselamatan pelumba dan supaya litar perlumbaan berada dalam keadaan baik selepas kerja-kerja pembaikan trek dijalankan baru-baru ini.Perlumbaan yang telah bermula sejak 2003 merupakan satu-satunya acara drag yang menggunakan litar lumba, selepas dipersetujui Persatuan Automobil Malaysia (AAM).

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Dato’ Razlan Razali berkata, “Kami terpaksa mengeluarkan perlumbaan ini, yang mempunyai peminatnya tersendiri, pada tahun 2016 kerana tidak mampu menjejaskan keadaan litar yang baru sahaja dinaik taraf. Kerja penurapan permukaan litar serta penaikan taraf membelanjakan hampir RM15 juta, dan meliputi kerja-kerja menaiktaraf selekoh, sistem perparitan dan laluan-laluan khas sepanjang litar 5.543km itu.”

Beliau juga menambah, “Keputusan itu dibuat selepas mendapatkan nasihat daripada perunding trek dari Itali, Dromo yang mengetuai kerja-kerja menaik taraf. Komposisi trek ini tidak sesuai untuk sebarang acara yang mempunyai impak tinggi seperti perlumbaan drag, dan kami tidak mahu membahayakan pengguna.”

IMG_4053

Ketua Pereka Litar Dromo, Jarno Zafelli berkata: “Litar lumba menggunakan bahan-bahan seperti konkrit asfalt yang tidak sesuai untuk perlumbaan drag. Perlumbaan drag memerlukan permukaan trek yang berbeza, iaitu menggunakan konkrit yang dilitupi sejenis gam khas.”

“Keputusan yang diambil SIC adalah wajar untuk melindungi aset mereka bagi memastikan keselamatan di tahap tertinggi, serta mengelakkan kerosakan kepada litar. Malah kami mendapati ada tumpahan minyak di litar susulan perlumbaan drag sebelum kerja menaiktaraf dijalankan. Ini akan mengakibatkan kerosakan yang teruk jika perlumbaan drag diteruskan di atas litar yang baru,” kata Zafelli lagi.

Susulan daripada keputusan ini, SIC sedang mengkaji kemungkinan membina trek baru khusus untuk perlumbaan drag di dalam kawasan litar dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).“SIC sentiasa mengutamakan keselamatan semua pelumba. Kami sudah tekankan bahawa perlumbaan haruslah dielakkan dari jalanraya namun kami memahami keperluan untuk berlumba. Oleh itu, di samping memenuhi piawai antarabangsa ketat yang ditetapkan oleh FIA dan FIM, kami juga sedang mengkaji kemungkinan menyediakan kemudahan yang dibina khas untuk perlumbaan drag,” kata Dato’ Razlan.

Litar drag yang dicadangkan adalah di antara usahasama Kementerian Belia dan Sukan bersama SIC untuk menggalakkan dan menyokong pembangunan sukan permotoran dalam persekitaran yang selamat dan terkawal.Menurut jurucakap KBS, “Dalam hal ini, Kementerian Belia dan Sukan menyokong agar perlumbaan drag dijalankan di tempat yang selamat dan dikhususkan untuk perlumbaan drag serta mempunyai keselamatan di tahap yang tertinggi.”

IMG_4271

SIC tidak akan menerima sebarang tempahan bagi perlumbaan drag sehingga diberitahu kelak. “Kami harap peminat sukan perlumbaan drag bersabar sementara proses mengkaji pembinaan litar khas bagi perlumbaan ini dijalankan. Kami memahami kekecewaan peminat sukan ini tetapi ini adalah perkara yang perlu dirancang dengan teliti walaupun mengambil masa yang lebih lama,” kata Dato’ Razlan.

Litar Antarabangsa Sepang dibuka semula pada 8 Mei lalu selepas ditutup untuk kerja-kerja menaiktaraf selama tiga bulan, dan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Superbike Dunia MOTUL FIM (WorldSBK) 2016 yang berlangsung pada 13 hingga 15 Mei 2016.

Ikuti berita terkini daripada SIC di laman web www.sepangcircuit.com atau di Facebook https://www.facebook.com/sepanginternationalcircuit

IMG_4415

Previous post

Lamborghini Squadra Corse Umum Senarai Peserta Program Pemandu Muda 2016

Next post

Mitsubishi Jual 100,000 Kenderaan Outlander Plug-in Hibrid Eletrik Sejak 2012

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *