Berita Auto

Nissan NP300 Navara Kini Boleh Didapati Dengan Aksesori Ironman 4×4

Rustcare Sdn Bhd, anak syarikat Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) baru-baru ini telah dilantik sebagai pengedar eksklusif aksesori Ironman 4×4. Aksesori tersebut membolehkan pemilik meningkatkan aspek keselamatan, prestasi dan gaya kenderaan 4×4 mereka, terutama Nissan NP300 Navara serba baharu.

02 Ironman 4x4_Nissan Navara

Pada Karnival Nissan 4WD baru-baru ini, Rustcare Sdn Bhd ada memperkenalkan aksesori 4×4 di Malaysia. Ia dijual oleh Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) dan Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS).

Selama lebih 27 tahun, Ironman 4×4 telah menghasilkan aksesori 4×4 yang berkualiti dan boleh dipercayai untuk pasaran antarabangsa menerusi Jacob Spring Works, pengeluar alat ganti suspensi yang berpangkalan di Melboune. Pada tahun 1988, JSW melancarkan jenama Ironman 4×4 yang merangkumi alat ganti seperti pegas gegelung dan suspensi sebagai maklum balas kepada populariti kenderaan 4×4.

03 Ironman 4x4_Nissan Navara_Side Steps and Rail

Kini, Ironman 4×4 ialah jenama aksesori 4×4 yang utama di Australia. Ia membekalkan alat ganti kepada pengguna rekreasi, kenderaan untuk perlombongan dan industri pertahanan di lebih 160 buah negara di seluruh dunia.

Terdapat tiga pakej aksesori Ironman 4X4 yang ditawarkan – Challenger, Challenger Plus dan Adventure pada harga bermula RM11,000 hingga RM22,000.

Menjadi syarikat automotif pertama untuk memasarkan aksesori 4×4 tegar, aksesori Ironman 4×4 dilihat mampu mendefinisikan semula dan meningkatkan penampilan Nissan NP300 Navara. Pelanggan boleh memilih pakej dengan Kit Suspensi, Bull Bar, pemijak kaki sisi (Side Steps dan rail) atau bar perlindungan menunda bahagian belakang (Rear Protection Tow Bar).

04 Ironman 4x4_Nissan Navara_Front Bull Bars

Ironman 4×4 menawarkan rangkaian kit suspensi yang bersepadu – pegas gegelung dan penyerap hentak – untuk meningkatkan keselesaan dan prestasi pemanduan Nissan Navara.

Sebagai tambahan, bull bar menambah baik sudut mendekat dan meningkatkan perlindungan bahagian hadapan. Sementara pemijak sisi dan rail besi Ironman 4×4 yang bukan sahaja memberi perlindungan, malah memudahkan urusan keluar masuk daripada kenderaan.

05 Ironman 4x4_Nissan Navara_Rear Protection Tow Bar

Ironman 4×4 Rear Protection Tow Bar direka untuk perlindungan dan gayaan terbaik pada bahagian belakang Nissan NP300 Navara. Pada masa yang sama, ia menawarkan titik jack yang lebih mudah, penyangkut menunda bersepadu dan memaksimumkan ruang kelegaan.

ETCM akan memberi tawaran permulaan dengan diskaun sebanyak 15% untuk tempoh terhad. Selain daripada promosi tersebut, aksesori ini boleh dimasukkan ke dalam pinjaman pembelian NP300 Navara.

06 Ironman 4x4_Nissan Navara_Suspension Kit

Pelanggan yang membeli aksesori Ironman 4×4 layak untuk menerima jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km, mana-mana tiba dahulu.

Untuk membawakan produk ini lebih hampir kepada komuniti di Kuching, Ironman 4×4 Navara akan membuat penampilan di Karnival 4WD di ETCM Kuching pada 21 dan 22 Mei, mulai 10am hingga 8pm. Orang ramai dijemput mengunjungi Karnival 4WD untuk menikmati tawaran hebat yang disediakan.

07 Ironman 4x4 Nissan Navara

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian: 1800-88- 3838.

Previous post

Jualan Sedunia Toyota Hibrid Melebihi 9 Juta Unit

Next post

Pembangunan Continental Menang Anugerah Teknologi Tahunan & Development Toyota

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *