Berita Auto

Kemenangan Pertama Untuk Lamborghini Huracán GT3 Di British GT

Pusingan ketiga kejohanan British GT yand berlangsung Isnin lalu (bersempena cuti Spring Bank yang jatuh pada hari Ahad) menyaksikan Barwell Motorsport dan Lamborghini menggondol kemenangan sulung mereka untuk musim ini. Dua buah Lamborghini Huracán GT3 yang bermula di petak pertama dan kedua masing-masing menamatkan Perlumbaan 1 di tempat pertama dan ketujuh di Oulton Park.

Kereta nombor 6 yang dikemudi duo Griffin dan Carrol muncul sebagai juara, manakala kereta nombor 33 yang dikendali pasangan Minshaw dan Keen hanya berjaya menghabiskan perlumbaan di tempat ketujuh kerana dikenakan penalti semasa hentian pit.

british gt

Bagaimanapun, Keen dan Minshaw berjaya menebus kekecewaan Perlumbaan 1 apabila muncul sebagai pemenang tempat ketiga pada Perlumbaan 2 yang diadakan pada hari yang sama. Pusingan seterusnya akan mengambil tempat di Silverstone pada 11 dan 12 Jun.

Sementara itu. Lamborghini juga berjaya memenangi perlumbaan pertama mereka di kejohanan Italian GT yang berlangsung di Autodromo di Imola. Pasukan Imperiale Racing yang terdiri dari Mirko Bortolotti and Jeroen Mul meninggalkan pesaing-pesaing mereka di belakang dengan perlumbaan yang sempurna.

Bortolotti-Mul (Imperiale Racing,Lamborghini Huracan S.GT3 #16) 

Perlumbaan 2 pula mula dengan penuh huru-hara. Perlumbaan yang dimulakan dengan kehadiran Safety Car atas sebab hujan lebat itu terpaksa dihentikan 17 minit lebih awal selepas bendera merah dilayangkan. Keputusan akhir menyaksikan Stefano Pezzucchi dan Giovanni Venturini dari Imperiale Racing di tempat pertama manakala pemandu Lamborghini GT3 Junior Riccardo Agostini dan Alberto Di Folco dari Antonelli Motorsport masing-masing berpuas hati dengan kedudukan kedua dan ketiga.

Pusingan ketiga kejohanan Italian GT akan berlangsung pada 11 dan 12 Julai di Misano Adriatico.

Previous post

Ford dan SDAC Tawar Promosi dan Ganjaran Istimewa Sempena Hari Raya

Next post

Apollo Tyres Sekarang Di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *