Gaya Hidup

BMW Group Malaysia Perkenalkan Edisi Ketiga Program BMW Safety 360°

BMW Group Malaysia hari ini melancarkan edisi ketiga program BMW Safety 360° dengan kerjasama Julia Gabriel Centre dan Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM). Program ini bermatlamat meningkatkan kesedaran mengenai etika di atas jalan raya, teknologi keselamatan di dalam kenderaan dan amalan selamat sempena musim cuti sekolah dan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Diadakan di Julia Gabriel Centre cawangan Citta Mall, majlis itu menandakan bermulakan program selama enam bulan. Dalam tempoh tersebut, BMW Group Malaysia akan melawat pusat asuhan kanak-kanak (tadika) dan Montessori terpilih di seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran, menggalakkan sikap lebih bertanggungjawab serta menggunakan sistem keselamatan di dalam kenderaan di kalangan ibu bapa dan kanak-kanak.

Program tersebut bermula di Julia Gabriel Centre dengan Program Keselamatan Jalan Raya sepanjang minggu. Satu siri aktiviti dan pembelajaran mengenai keselamatan jalan raya dimasukkan ke dalam silibus pembelajaran kanak-kanak di Julia Gabriel Centre yang turut melibatkan ibu bapa mereka.

Berucap di majlis itu, Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia, Sashi Ambi berkata, “Program BMW Safety 360° membuktikan komitmen kami untuk melihat aspek keselamatan dan tanggungjawab dari sudut teknologi, tingkah laku dan tindakan secara lebih menyeluruh.”

Jelas Ambi lagi, pada tahun pertama penganjuran program BMW Safety 360°, pihaknya memberi tumpuan kepada penunggang motosikal dan meminta mereka mendapatkan motosikal yang menawarkan teknologi terkini untuk perjalanan lebih selamat.

Pada tahun kedua pula, BMW Group Malaysia mengangkat isu penggunaan tempat duduk kanak-kanak dan kepentingannya dalam memastikan mereka selamat di dalam kereta.

“Tahun ini, kami meneruskan usaha tahun lalu. Kami mahu berinteraksi secara langsung dengan ibu bapa dan kanak-kanak. Ini kerana kami percaya mereka ialah  golongan yang perlu diberi perhatian dalam isu-isu tentang keselamatan jalan raya, terutama yang berkait rapat dengan kanak-kanak,” kata Ambi.

BMW Group Malaysia juga telah bekerjasama dengan Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) untuk menyampaikan mesej mengenai keselamatan kanak-kanak yang lebih berkesan kepada ibu bapa mereka.

Perunding Keselamatan Penumpang Kanak-kanak untuk PPBM, May Hwong berkata, “Tidak dapat dinafikan bahawa kemalangan jalan raya merupakan salah satu penyebab utama kematian dan kecederaan dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Dalam keadaan kenderaan membelok dengan pantas, brek ditekan secara tiba-tba dan pelanggaran yang tidak dapat dielakkan, persoalannya, adakah anak akan selamat? Mereka mesti diletakkan di tempat duduk keselamatan yang dipasang dengan betul ketika menaiki kereta, walaupun untuk perjalanan yang dekat sahaja.”

Menggunakan tempat duduk kanak-kanak dan tali pinggang keledar yang sesuai dengan umur dan saiz mereka mampu mengurangkan risiko kecederaan serius dan kematian. Tempat duduk keselamatan kanak-kanak dapat mengurangkan risiko kematian bayi sehingga 71% dan kanak-kanak 54% apabila digunakan dalam kenderaan penumpang. Sementara tempat duduk booster pula berupaya mengurangkan risiko kecederaan kanak-kanak berusia 4-8 tahun sehingga 45% berbanding hanya menggunakan tali pinggang keledar sahaja[1].

PPBM turut mengadakan demonstrasi teknologi ISOFIX yang menjadikan tempat duduk kanak-kanak menjadi sangat selamat. Selain menghilangkan risiko ia tidak dipasang dengan betul di dalam kenderaan. Bukan itu sahaja, ‘pemeriksaan kesihatan’ tempat duduk kanak-kanak juga akan diadakan untuk memastikan ia dipasang dan digunakan dengan betul.

Program-program Keselamatan Jalan Raya yang diadakan di Julia Gabriel Centre sepanjang minggu adalah seperti berikut:

  • Isnin – What’s on the Road? (pendidikan secara visual)
  • Selasa – Little Messengers (aktiviti mewarna)
  • Rabu – Stop, Look, and Listen (akviti lakonan/main peranan)
  • Khamis – We Hold Hands (aktiviti seni dan kraftangan)
  • Jumaat – My Car Seat (aktiviti bermain dan belajar)
  • Sabtu – Seat belt experiment (eksperimen praktikal)

BMW 01

Previous post

Apakah Sebenarnya Teknologi SKYACTIV Mazda? [Bahagian 1: Ciri-ciri Asas]

Next post

Sekolah Teknikal ISUZU Mulakan Kursus Perintis

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *