Berita Auto

Peluang Terbaik Untuk Mendapatkan Isuzu D-Max Di Perfect Living ’16

Jika anda teringin memiliki dan memandu salah satu daripada trak pikap paling ekonomi dan termampu di Malaysia, maka lawatilah Pameran Perfect Living dan anda mungkin memenangi peluang untuk mendapatkan sebuah Isuzu D-Max serba baru.

Sebagai penaja utama pameran yang akan melawat lokasi utama di negara ini, Isuzu Malaysia akan menyerahkan satu unit ultra-mampu 2.5 liter 4×4 dan satu unit 3.0 liter 4×4 model Safari mewah kepada pemenang bertuah yang mengambil bahagian dalam pertandingan. What’s Your Hunch?

Untuk mengambil bahagian dalam peraduan ini, pengunjung hanya perlu membeli barangan bernilai RM500 di pameran ini, meneka bilangan bantal empuk yang disumbat ke dalam dua unit Isuzu D-Max dan mengemukakan jawapan mereka pada borang penyertaan rasmi.

Perfect Livin, pameran utama rumah dan gaya hidup Malaysia dibuka pada 7 April 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan lebih 1,200 gerai yang menawarkan pelbagai penyelesaian rumah. Ia akan ke Pusat Konvensyen Borneo di Kuching dari 21 hingga 24 April  sebelum menuju ke Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah International di Kuantan dari 5  hingga 8 Mei dan akhirnya di Pusat Konvensyen Setia City di Selangor dari 3 hingga 5 Jun.

 

 

 

Previous post

Infiniti QX60 Terima Pilihan Keselamatan Terbaik di Amerika Syarikat

Next post

PROTON Yakin Pulih Dengan Sokongan Kerajaan Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *