Gaya Hidup

Program Volkswagen Cares Dilancarkan

Volkswagen Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran Program Volkswagen Cares yang pertama – satu siri bengkel kereta secara percuma yang eksklusif untuk para pemilik kenderaan Volkswagen.

Program Volkswagen Cares yang pertama dijalankan di Volkswagen Wearnes Sg Besi dan telah dihadiri oleh 12 orang pemilik kenderaan Volkswagen.

Basic Maintenance tips  (2) (1)

Sesi yang terdiri daripada dua bahagian itu melibatkan silibus yang bersifat teori. Ia merangkumi aspek keselamatan, tip-tip menjimatkan bahan api, langkah-langkah keselamatan anak-anak yang betul serta apa yang perlu dilakukan dalam situasi kecemasan. Malah, penerangan lanjut mengenai perbezaan ciri yang ada pada kenderaan Volkswagen dan bagaimana ia boleh digunakan sepenuhnya untuk manfaat para pemiliknya juga ada diberikan. Demonstrasi secara amali berkaitan tip-tip penyelenggaraan dan pemeriksaan mudah turut ditunjukkan oleh juruteknik selepas jualan yang terlatih.

Theoratical session (1) (2)

Program Volkswagen Cares dibangunkan sebagai usaha untuk meningkatkan dan menambah baik pengalaman pemilikan pelangan Volkswagen. Program percuma ini akan dianjur dan dijalankan oleh para pengedar Volkswagen yang mengambil bahagian untuk para pelanggan masing-masing.

Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller berkata, “Volkswagen Malaysia berbesar hati untuk mengumumkan inisiatif ini. Kami percaya dengan memperkasakan para pemilik dengan pengetahuan, kesedaran dan ilmu yang betul bersama usaha Volkswagen, kami mampu meningkatkan pengalaman pemilikan mereka secara keseluruhannya. Ini adalah bukti bahawa para pelanggan sememangnya menjadi keutamaan kami.”

Basic Maintenance tips  (1) (2)

Turut mengulas tentang Program Volkswagen Cares ialah Ketua Pengedar Volkswagen Wearnes Sg Besi, Goh Ngin Hong “Ini adalah satu program yang bagus. Kami melihatnya sebagai satu peluang terbaik untuk berinteraksi dengan para pelanggan, berkongsi tip-tip umum dan berguna serta menerangkan lebih lanjut mengenai pelbagai ciri yang ada pada kenderaan Volkswagen. Kami harap dapat meneruskan inisiatif ini dan mengadakan lebih banyak sesi Volkswagen Cares untuk para pelanggan kami pada masa depan.”

En. Zarilan Ahmad, pemilik Passat yang menghadiri bengkel ini memberitahu, “Saya dapati sesi ini cukup berguna dan memberi banyak pendedahan. Saya pasti akan menggalakkan kawan-kawan yang juga pemilik kenderaan Volkswagen supaya mengunjungi bengkel ini.” Seorang pemilik Jetta, Pang Shio Hin pula berkata, “Bagi memastikan kereta dapat berkhidmat dengan baik, anda perlu menyelenggaranya. Ia adalah satu perhubungan yang bersifat simbiotik dan memberi manfaat bersama. Bengkel ini sangat bagus dan saya belajar banyak perkara yang saya tidak pernah tahu.”

Maklumat lanjut, sila kunjungi pengedar berhampiran anda atau layari laman web: www.volkswagen.com.my

Theoratical session (2) (1)

Previous post

MTM Menunjukkan Mereka Audi RS3 R

Next post

Tiga Abdul Dalam Kenderaan Bincang Berita Kenderaan: BMW 1,3 & 7 Series Dan Proton

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *