Berita Auto

Mazda Mula Produksi CX-9 Serba Baharu

Mazda Motor Corporation telah memulakan pengeluaran CX-9 tiga-baris, saiz pertengahan,  SUV crossover serba baru di Ujina Plant No 1 di Hiroshima. Unit-unit pertama yang dihasilkan adalah untuk Amerika Syarikat dan Kanada.  CX-9 serba baru telah disesuaikan untuk pasaran Amerika Utara, yang dijangka menyumbang 80 peratus daripada anggaran jualan global sebanyak 50,000 unit setahun. Jualan model baharu itu akan bermula dari Amerika Utara pada musim bunga 2016.

CX-9 adalah model mewah  barisan generasi  baru menampilkan rangkaian penuh SKYACTIV TECHNOLOGY dan reka bentuk KODO-Soul of Motion. Dibuat di Jepun untuk standard kualiti tertinggi, ia menawarkan pelanggan keselesaan memenuhi segala keinginan yang melampaui spek dan fungsi. Bertepatan dengan permulaan pengeluaran model yang baru, Mazda telah mula pembuatan enjin petrol 2.5 liter suntikan terus  turbocharged baru yang dikenali sebagai SKYACTIV-G 2.5T di loji Hiroshima itu.

Previous post

Honda Umum Pickup Trak Ridgeline Semua Baharu

Next post

Porsche 911 GT3 R ‘Black Magic’ Diuji

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *