Gaya Hidup

Anih Berhad Edar Bungkusan Limau Mandarin Kepada Pengguna LPT

Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut Isnin ini, ANIH Berhad, syarikat konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), hari ini mengagihkan 5,000 biji buah limau kepada pemandu di Plaza Tol Gombak mulai jam 3 petang, di sini.

Pengarah ANIH Berhad, Encik Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein bersama kakitangan lain mengagihkan limau berkenaan sebagai tanda penghargaan kepada pengguna lebuh raya di bawah kendalian syarikat itu.

Dalam masa yang sama, ANIH Berhad turut mengambil kesempatan menasihatkan pengguna KLK dan LPT 1 supaya peka dan berhati-hati ketika berada di lebuh raya sama ada untuk menjalankan urusan atau pun pulang ke kampung masing-masing.

Turut hadir bagi mengagihkan limau itu adalah Puan Radzimah Mohd Radzi, Naib Presiden Kanan, Ketua Pengurusan Aset Tol serta pihak pengurusan ANIH Berhad.

Encik Nik Fauzi berkata, pemberian buah limau berkenaan yang merupakan program tahunan syarikat turut diadakan untuk bertemu dengan pengguna Lebuhraya KLK dan LPT 1 bagi menyampaikan mesej keselamatan agar mereka sentiasa peka dan mematuhi undang-undang jalan raya selain menasihatkan mereka supaya berhati-hati dan waspada ketika pemanduan.

Sempena perayaan Tahun Baru Cina pada 8 Februari ini, ANIH Berhad juga akan menawarkan diskaun tol 10 peratus kepada pengguna Lebuhraya KLK dan LPT 1 yang membuat bayaran secara elektronik (ETC). Pemberian diskaun tol itu akan bermula jam 12.00 pagi sehingga 11.59 malam. Pengguna juga disarankan untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Khidmat Pelanggan (PKP) yang terletak di Plaza Tol Gombak dan Bentong untuk menambah nilai kad Touch n Go masing-masing. Pengguna juga boleh menggunakan pelbagai perkhidmatan yang disediakan di kawasan rawat dan rehat (R&R) di sepanjang  KLK dan LPT 1.

Bagi tujuan keselesaan pengguna dan kelancaran trafik, Encik Nik Fauzi berkata, ANIH Berhad turut menyediakan 420 orang kakitangan tol dan 38 pasukan rela bagi melancarkan aliran trafik di 11 Plaza Tol, bermula dari Gombak, Bentong, Karak, Lanchang, Temerloh, Chenor, Maran, Sri Jaya, Gambang, Kuantan dan Jabor.

”ANIH menjangkakan kira-kira sejumlah 1.9 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya KLK dan LPT1 dalam tempoh sepuluh hari sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini berbanding sekitar 150,000 kenderaan sehari pada hari biasa.”, katanya.

Encik Nik Fauzi berkata, susulan jangkaan berlakunya peningkatan jumlah kenderaan itu, ANIH Berhad menasihatkan pengguna agar mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan bagi melancarkan perjalanan mereka. TTA diharap dapat mengurangkan kesesakan melampau khususnya pada waktu puncak selain memastikan perjalanan pengguna lancar, cekap dan selamat untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Oleh itu, ANIH Berhad komited memastikan Lebuhraya KLK dan LPT 1 sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan termasuk memenuhi tahap kualiti lebuh raya berdasarkan garis panduan dan piawaian yang ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

logo_lpt

 

 

 

 

 

Previous post

Jualan Lexus Global Naik 12%

Next post

Iklan TV Hyundai Baru Terlalu Ganjil Untuk Menyentuh Perasaan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *