Berita Auto

29 Januari 2016 – Harijadi Ke130 Automobil

Ia adalah dokumen yang memulakan dunia bergerak: pada 29 Januari 1886, Carl Benz memohon paten untuk “kenderaan berkuasa minyak” beliau. Ini adalah hari automobil dilahirkan. Pada tahun yang sama, bebas daripada Benz, Gottlieb Daimler membina pengangkutan bermotor beliau. Maka dengan itulah, 1886, menandakan permulaan kisah kejayaan selama 130 tahun Mercedes-Benz. Stuttgart. Sijil kelahiran automobil bernombor DRP 37435. Bahawasanya itulah nombor rujukan paten untuk “kenderaan berkuasa minyak” yang difailkan oleh jurutera Mannheim Carl Benz pada 29 Januari 1886 yang didaftarkan dengan Pejabat Paten Jerman Imperial di Berlin . Dokumen yang berusia 130 tahun ini adalah bukti semangat inovatif Karl Benz, kuasa kreatif dan visi keusahawanan beliau. Sejak 2011, dokumen paten itu telah dijadikan sebahagian daripada UNESCO’s Memory of the World Programme, termasuk Gutenberg Alkitab, Magna Carta dan Mass Johann Sebastian Bach dalam B Minor.

Mercedes-Benz Automobile Patent (2)
Carl Benz membangunkan kereta pertama di dunia pada tahun 1885. Dia memasang  enjin satu silinder, kelajuan tinggi, empat lejang (954 cc anjakan  berpusing 400 rpm dengan kuasa 0.55 kW / 0.75 hp) mendatar, dalam casis yang direka khas. Kelajuan tertinggi adalah 16 km / j. Paten kereta motor beroda tiga ini adalah yang pertama didunia: kenderaan yang bergerak sendiri, sama sekali serba lengkap, dikuasakan oleh enjin pembakaran dalaman.
Mercedes-Benz Automobile Patent (1)
Ia membuat penampilan awam pertama pada 3 Julai 1886 di Ringstrasse di Mannheim. Namun, ia adalah perjalanan jarak jauh dari Mannheim ke Pforzheim dan kembali pada tahun 1888 dalam Model III kereta motor paten yang dipertambahbaik itulah yang benar-benar menunjukkan kesesuaian kereta untuk kegunaan harian. Perjalanan itu bukan dilakukan oleh Carl Benz sendiri, tetapi isterinya Bertha. Sebagai tanda keyakinan penuh dalam ciptaan suaminya, Bertha Benz diiringi oleh anak-anaknya Eugen dan Richard – tanpa diketahui oleh penciptanya – melakukan perjalanan automobil jarak jauh yang bersejarah itu pada bulan Ogos tahun 1888. Bertha dan anak-anaknya itu membuktikan bagaimana  kenderaan motor konsep itu boleh berjalan di peringkat berteknikal ini. Pada masa yang sama, mereka mendemonstrasikan praktikalnya sesebuah kereta penumpang hingga ke hari ini. Ini telah dinyatakan oleh Carl Benz dalam permohonan patennya apabila beliau merujuk kepada “operasi khususnya untuk sesebuah kereta penumpang gerabak ringan membawa 1 hingga 4 penumpang”.
Mercedes-Benz Automobile Patent (4)
Pada tahun 1886, ciptaan perintis Carl Benz dan Gottlieb Daimler membawa revolusi, dimensi baru kepada pergerakan. Selama 130 tahun yang lampau, inovasi yang disampaikan oleh Mercedes-Benz telah dibina di atas pencapaian tersebut: kepentingan keselamatan, keselesaan, kecekapan dan keyakinan. Dengan perkembangan masa kini dalam bidang pemanduan autonomi, kenderaan hubungan bijak dan mobiliti elektrik, Mercedes-Benz memperkenalkan masa depan kereta. Ia adalah wawasan yang Carl Benz telah bentangkan pada 29 Januari 1886 apabila beliau membuat permohonan bagi mendapatkan paten kereta motornya.
Previous post

Facelift Subaru XV di Malaysia

Next post

Ford Umum Rekod Jualan Rantau ASEAN untuk Tahun 2015

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *