Berita Auto

MINI Malaysia Memperkenalkan Program Jaminan Perbatuan Tanpa Had Selama 4 Tahun

MINI Malaysia hari ini mengumumkan program Jaminan Perbatuan Tanpa Had selama 4 Tahun dengan Servis Berjadual Percuma untuk semua MINI yang didaftarkan mulai 1 Januari 2016.

MINI 4 Years Unlimited Mileage Warranty (1)

Ketika memperkenalkan program jaminan dan servis baharu itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “MINI ialah satu jenama yang sangat unik dan sofistikated yang melangkaui sempadan keterujaan dalam segmen kenderaan premium. Tawaran jaminan dan servis serba baharu daripada MINI sememangnya berpegang pada janji ini, mengujakan para pelanggan kami dengan perkhidmatan yang terbaik dalam kelasnya untuk kereta MINI mereka.”

Program jaminan dan servis baharu ini menawarkan perlindungan tambahan selepas tahun ketiga pemilikan, di mana jaminan yang disokong oleh pengeluar akan diteruskan ke tahun keempat dengan jarak perbatuan tanpa had. Bukan itu sahaja, program ini turut merangkumi servis berjadual dan penyelenggaraan secara percuma sehingga 60,000km berdasarkan kepada sistem Condition Based Service (CBS) pada MINI berkenaan.

Skop servis yang ditawarkan dalam program jaminan baharu ini termasuklah servis pemeriksaan kenderaan, penukaran minyak enjin dengan penapis dan pengisian semula minyak baru. Sementara komponen-komponen pula terdiri daripada penapis udara, penapis mikro, palam pencucuh dan bendalir brek. Bagaimanapun, komponen seperti brek hadapan dan belakang, termasuk cakera dan pad brek serta penggilap cermin utama kini tidak dimasukkan ke dalam program jaminan dan servis berkenaan.

Bagi kenderaan yang didaftarkan pada Disember 2015, MINI Malaysia menawarkan satu pakej istimewa untuk pelanggan menaik taraf daripada pakej MINI Service Inclusive FIX selama 3 tahun/50.000km kepada program Jaminan Perbatuan Tanpa Had selama 4 Tahun dengan Servis Berjadual Percuma yang baru. Pakej yang dinaik taraf ini akan merangkumi program servis penuh daripada pakej jaminan sebelum ini, yang turut meliputi pad brek, cakera brek dan penggilap cermin.

Hak menikmati program Jaminan Perbatuan Tanpa Had selama 4 tahun dengan Servis Berjadual Percuma untuk MINI serba baharu adalah berdasarkan kepada servis berjadual yang dicadangkan oleh pengeluar di mana-mana Pengedar Sah MINI di seluruh negara. Sekiranya servis dilakukan oleh bengkel tidak bertauliah, Pengedar Sah MINI berhak untuk  menolak apa jua tuntutan kerana kerosakan itu mungkin berlaku akibat kualiti servis yang tidak bagus atau penggunaan alat ganti tiruan.

Ia juga berdasarkan kepada kereta tersebut dipandu dengan cermat dan telah diselenggara seperti yang dicadangkan oleh pengeluar. Sebarang kerosakan pada bahagian luaran dan dalaman kenderaan yang berlaku akibat kecuaian atau penggunaan, alat ganti terpakai dan lusuh seperti mentol halogen dan bateri kunci tidak termasuk dalam program jaminan baharu ini.

MINI 4 Years Unlimited Mileage Warranty (3)

Maklumat lanjut mengenai program jaminan baharu ini boleh didapati di www.mini.my.

Previous post

Para Pereka Kitar Semula Fabrik Tempat Duduk Kereta Ford Menjadi Busana Mewah

Next post

PROTON Perkenal Inisiatif R & D Terkini Dengan Enjin Baru Proton

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *