Berita Auto

Jualan Ford di Malaysia Pada Bulan Oktober Dipacu oleh Ranger Baharu – Trak Pikap paling Berkemampuan, Berkuasa dan Pintar di Malaysia 

Ford mengumumkan jualan runcit pada Oktober di Malaysia, meningkat sebanyak 30 peratus berbanding bulan terdahulu mencecah 1,095 unit. Ini merupakan bulan terbaik Ford selepas Mac lalu. Ia dipacu oleh permintaan yang memberangsangkan dari seluruh negara terhadap model Ranger baharu – trak pikap paling berkemampuan, berkuasa dan pintar di Malaysia.

Photo 4 - Ford Ranger NCAP

Trak pikap yang mendefinisikan semula segmennya itu terus menjadi model terlaris Ford di Malaysia dengan jualan pada Oktober melonjak 48 peratus kepada 956 unit. Jualan Ranger pada tahun ini sehingga kini naik 14 peratus kepada 7,770 unit. Terima kasih kepada permintaan kukuh ke atas semua rangkaian, daripada model XL yang rugged sehinggalah varian tertinggi Wildtrak.

Ford-Ranger-XLT-Manual-2-1024x705

Sebagai trak pikap paling berkuasa di Malaysia, Ranger baharu telah menetapkan satu penanda aras baru dengan kombinasi keupayaan yang tiada tandingan – termasuklah kapasiti mengangkut beban, mengharung air dan teknologi termaju.

Pakej keselamatan Ranger juga terbaik menerusi rangkaian ciri keselamatan pasif dan aktif. Ini termasuklah enam beg udara – tiga kali lebih banyak berbanding trak pikap lain di Malaysia – serta teknologi bantuan pemandu seperti Lane Keeping Aid dan Adaptive Cruise Control. Electronic Stability Control (ESC) Ford dan cagak ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak juga hadir sebagai ciri standard. Sekali gus menjadikan Ranger sebagai satu-satunya trak pikap yang menawarkan dua ciri keselamatan penting ini pada semua varian di Malaysia. Semua varian Ranger di Malaysia juga memiliki ciri amaran tali pinggang keledar untuk pemandu dan penumpangnya.

Photo 6 - Ford Ranger

Semalam, keupayaan aspek keselamatan Ranger baharu diiktiraf oleh Program Penilaian Kenderaan Baharu ASEAN (ASEAN NCAP) dengan penarafan lima bintang. Ranger memperoleh skor keseluruhan Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) 15.45/16 mata – paling tinggi berbanding mana-mana trak pikap yang dijual di Malaysia.

“Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan Ford. Penarafan 5 bintang daripada ASEAN NCAP membuktikan bagaimana Ranger telah mendefinisikan semula segmen trak pikap di Malaysia,” kata Pengarah Urusan Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford Motor Company, David Westerman.

Photo 2 (1)

Ford menjangkakan Ranger baharu yang dilancarkan pada 9 November lalu akan terus memacu jualan keseluruhannya sehingga akhir tahun ini.

“Sejak sebulan lalu, bilik-bilik pameran kami di seluruh negara menerima kedatangan ribuan rakyat Malaysia – daripada golongan keluarga di Kuala Lumpur sehinggalah pemilik perniagaan di Kuching. Mereka nyata tertarik dengan reputasi Ranger baharu sebagai trak pikap yang paling berkemampuan, berkuasa dan pintar di Malaysia.

 

“Kami teruja kerana Ranger baharu diterima baik. Kami juga tidak sabar untuk mengalu-alukan lebih ramai pelanggan ke dalam keluarga Ford untuk bulan-bulan seterusnya.”

Sepanjang bulan Oktober, hampir 1,000 orang pelanggan berpeluang untuk merasai sendiri semua kemampuan Ranger pada siri acara ‘Tough Done Smarter Experiential Test Drives’ yang diadakan di Lembah Klang.

Ford akan meneruskan siri pandu uji itu pada November menerusi acara ASEAN Auto Show yang berlangsung di MIECC (Mines International Exhibition and Convention Centre). Para pengunjung  dipadankan dengan seorang pemandu profesional yang akan membawa mereka melalui laluan mencabar bagi menunjukkan pelbagai teknologi termaju Ranger. Laluan itu meniru persekitaran pemanduan yang sukar seperti mengharung air dan menempuh laluan curam. Untuk senarai penuh lokasi siri jelajah, sila layari laman web: http://www.ford.com.my/ford-roadshows

Photo 8 - Ranger Launch

 

Previous post

Mengapa Volvo 240 & 260 Cipta Sejarah

Next post

Polestar Dibahagikan Kepada Polestar Engineered Cars & Polestar Performance Optimization

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *