Gaya Hidup

BMW Group Malaysia Umum 10 Finalis BMW Shorties 2015 pada Festival BMW Shorties 2015.

BMW Shorties,  pertandingan  filem pendek yang paling lama dan berprestij yang dianjurkan di Malaysia, Jumaat lalu, telah memilih 10 Finalis Terbaiknya daripada sejumlah pembikin filem berpotensi di Malaysia.

“Program BMW Shorties telah menerima banyak kemajuan sejak dianjurkan pada tahun 2006. Kami berbesar hati kerana berjaya mencungkil begitu banyak bakat sejak sembilan tahun lalu. Mereka mewakili generasi pembikin filem Malaysia yang sangat berbakat. Kami cukup kagum dengan peningkatan kualiti dan kreativiti yang diterjemahkan menerusi filem-filem mereka. Justeru, kami tidak sabar untuk terus memberi sokongan kepada semua pembikin filem dan hasil karya mereka dalam industri yang amat kompetitif ini,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Alan Harris.

Tema edisi ke-9 pertandingan filem pendek yang berprestij ini berkisar tentang ‘Perubahan’. Ia bertujuan mencabar kreativiti rakyat Malaysia dalam berbicara tentang perubahan menerusi ekspresi medium sebuah filem pendek.

Jelas Harris lagi, “Pembikin-pembikin filem yang kami temui ini cukup rajin dan bersemangat – inilah ciri-ciri yang kami sentiasa dapat lihat selepas setahun melalui jumlah penyertaan filem. Memang tidak dapat dinafikan bahawa bukan mudah untuk memberi makna kepada sesuatu yang biasa dan rutin. Tetapi kami percaya kesungguhan adalah penggerak utama kejayaan mereka dalam pertandingan ini. Melalui Festival BMW Shorties 2015, kami harap orang ramai akan datang untuk memberi sokongan.

Apa yang pasti, kami akan terus mempromosi dan menyerlahkan kreativiti para pembikin filem yang berbakat ini.”

Panel juri BMW Shorties yang terdiri daripada pakar pembikin filem dalam industri di Malaysia – Rajay Singh, Affandi Jamaluddin, Ismail Kamarul, Lina Tan dan Nandita Solomon mengakui bahawa penyertaan-penyertaan pada tahun ini telah menunjukkan  persaingan sebenar serta bakat-bakat baharu.

Lina Tan yang sudah lima kali menjadi panel juri BMW Shorties berkata, “Filem-filem pendek yang dihantar pada tahun ini membuatkan proses penjurian begitu mencabar. Setiap filem memaparkan elemen artistik dan hala tuju sinematik yang tersendiri demi menghasilkan kisah yang memiliki gaya individual. Saya sangat gembira kerana menjadi sebahagian daripada panel BMW Shorties sekali lagi pada tahun ini. Ia sememangnya satu platform terbaik untuk mencungkil bakat pembuat filem di peringkat akar umbi. Memang mengujakan apabila dapat terus melihat banyak bakat-bakat baru muncul daripada pertandingan ini di Malaysia. ”

Affandi Jamaluddin yang menjadi juri BMW Shorties untuk kali kedua sejak pertandingan pertamanya diadakan jelas menyedari peningkatan mendadak kualiti penyertaan filem pendek sejak beliau menjadi juri pada tahun 2007. Beliau berkata, “Jalan cerita, penceritaan dan kualiti keseluruhan yang kami terima pada tahun ini melangkaui ekspektasi saya. BMW Shorties sememangnya memperlihatkan banyak kemajuan, sama seperti bakat baru, Abdullah Zahir Omar yang kami temui dalam pertandingan pertama.”

Selain berpeluang memenangi geran produksi berjumlah RM75,000 dan pengiktirafan menerusi anugerah-anugerah sokongan, calon-calon Anugerah Lakon Layar Terbaik layak menerima geran pembangunan skrip Red Films. Geran itu terdiri daripada wang tunai dan khidmat nasihat menulis skrip daripada para pakar industri di Red Communications.

Filem-filem pendek hasil karya 10 Finalis terbaik ini bakal ditayangkan pada Festival BMW Shorties 2015 yang dimulakan dengan tempoh undian awam untuk Anugerah Pilihan Ramai pada 28 November hingga 5 Disember 2015.

Festival filem pendek akan diadakan pada Sabtu, 28 November 2015 di Hall 3, Cathay Cineplexes, e@Curve dan dibuka kepada orang ramai.

10 Finalis BMW Shorties 2015 (tidak mengikut turutan) ialah:

  • Dermaga oleh Aliff Ihsan Rahman
  • Tuck oleh Gordon Ling Fu Chur
  • Koci 5 Ringgit oleh Khairul Azharuddin
  • Fish oleh Gan Yu Long
  • Gigi oleh Audrie Yeo
  • Return oleh Sean Kook Way Siong
  • Zuan oleh Vance Chong Yew Hui
  • Highway oleh Aw See Wee
  • Cycle of Violence oleh Caston J
  • The Return oleh Keshvan A/L Sugumaran

Calon-calon Anugerah Pembantu BMW Shorties 2015 tanpa mengikut turutan ialah:

Pengarah Terbaik

o   ‘Dermaga’ oleh Aliff Ihsan Rahman

o   ‘Fish’ oleh Gan Yu Long

o   ‘The Cycle of Violence’ oleh Caston J

o   ‘The Return’ oleh Keshvan A/L Sugumaran

o   ‘Gigi’ oleh Audrie Yeo

Sinematografi Terbaik

o   Ganes Wong dalam ‘Hello Angel’ oleh Mallory Lee Pei Feng

o   Sean Kook Way Siong dalam ‘Return’ oleh Sean Kook Way Siong

o   Eldvick Tou dalam ‘Zuan’ oleh Vance Choong Yew Hui

o   Huang Po Hsiung dalam ‘Fish’ oleh Gan Yu Long

o   Shaurinz Zainurin dalam ‘Dermaga’ oleh Aliff Ihsan Rahman

Lakon Layar Terbaik

o   Zaidy Zainudin dalam ‘Dermaga’ oleh Aliff Ihsan Rahman

o   Audrie Yeo & Fatimah Ruzaimi dalam ‘Gigi’ oleh Audrie Yeo

o   Gan Yu Long dalam ‘Fish’ oleh Gan Yu Long

o   Gordon Ling Fu Chur dalam ‘Tuck’ oleh Gordon Ling Fu Chur

o   Aw See Wee dalam ‘Highway’ oleh Aw See Wee

Rekaan Produksi Terbaik

o   Low Phoi Chuin dalam ‘Fish’ oleh Gan Yu Long

o   Zachary Tan dalam ‘Zuan’ oleh Vance Choong Yew Hui

o   Tee Kai Yang dalam ‘Hello Angel’ oleh Mallory Lee Pei Feng

o   Louise Yong dalam ‘Return’ oleh Sean Kook Way Siong

o   Tan Yong Lin, Tan Yong Fu & Pau Tun Kai dalam ‘The Warning’ oleh Tan Yong Lin

Reka Bunyi Terbaik

o   Sha Zovve & Satish Raj dalam ‘The Cookbook’ oleh Indiran Shanmugam

o   Jaster Fong & Aki Huang dalam ‘Return’ oleh Sean Kook Way Siong

o   Tan Tong Lin, Tan Yong Fu, Pau Tun Kai dalam ‘The Warning’ oleh Tan Yong Lin

o   Ng Qin Ying dalam ‘Fish’ oleh Gan Yu Long

o   Irwan Syah dalam ‘Gigi’ oleh Audrie Yeo

Suntingan Terbaik

o   Gordon Ling Fu Chur dalam ‘Tuck’ oleh Gordon Ling Fu Chur

o   Pintu Pictures dalam ‘Dermaga’ oleh Aliff Ihsan Rahman

o   Soo Mun Thye dalam ‘Fish’ oleh Gan Yu Long

o   Keshvan A/L Sugumaran dalam ‘The Return’ oleh Keshvan A/L Sugumaran

o   Khaidzir Al Junid dalam ‘Gigi’ oleh Audrie Yeo

 Pelakon Terbaik

o   Gadrick Chin dalam ‘Tuck’ oleh Gordon Ling Fu Chur

o   Roslan Saleh dalam ‘Dermaga’ oleh Aliff Ihsan Rahman

o   Rajendran dalam ‘The Return’ oleh Keshvan A/L Sugumaran

o   Sam Chong dalam ‘Salary’ oleh Cheng Thim Kian

o   Shobaan Pillay dalam ‘Diari Kuala Lumpur’ oleh Shobaan Pillay A/L Nagarajan

Filem-filem pendek 10 Finalis BMW Shorties 2015 kini boleh ditonton dan dibuka untuk undian di laman web BMW Shorties (www.bmwshorties.com.my). Orang ramai dijemput untuk mengundi pemenang Anugerah Pilihan Ramai yang akan dibuka pada 28 November hingga 5 Disember 2015.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari laman web BMW Shorties di www.bmwshorties.com.my atau laman Facebook BMW Shorties www.facebook.com/bmwshorties.

Previous post

MERCEDES AMG PETRONAS A45 Khas Akan Muncul Tidak Lama Lagi

Next post

Ingat Tak Dulu-Dulu Kita Boleh Sumbat 6-7 Orang Dalam Kereta Sedan?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *