Gaya Hidup

Tayar MICHELIN Primacy SUV Baru

Ciri Keselamatan Paling Penting Yang Memberikan Ketenangan Fikiran Kepada Pemandu SUV Semasa Memandu

Michelin Malaysia, pemimpin pasaran dalam teknologi tayar, telah melancarkan tayar MICHELIN Primacy SUV baru, tayar serba maju yang memberikan ketenangan fikiran dan ciri keselamatan sebenar kepada pemandu dan keluarga mereka dalam perjalanan ulang-alik harian, dan juga dalam perjalanan jarak jauh.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kebanyakan pemandu SUV (Kenderaan Utiliti Sport) memilih ciri keselamatan kenderaan dengan teliti – termasuk ABS, beg udara, dan kawalan cengkaman. Namun mereka lazimnya tidak sedar tentang peranan penting yang dimainkan oleh tayar. Sebagai satu-satunya permukaan yang bersentuhan dengan jalan raya, tayar yang baik ialah jaminan kepada pemandu bahawa mereka akan menikmati perjalanan yang selamat dan selesa.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Luas permukaan tayar yang bersentuhan dengan jalan adalah lebih kurang sehelai poskad. Ini bukannya permukaan yang luas apabila anda mempertimbangkan semua fungsi tayar; termasuk menyokong kereta, memindahkan cengkaman dan daya pembrekan, menyerap hentakan di jalan raya dan pengemudian. Sebab itulah tayar perlu diutamakan dalam soal keselamatan segala jenis kenderaan.

MICHELIN Primacy SUV direka bentuk secara eksklusif oleh Michelin khas untuk SUV. Ia dibangunkan secara khusus bagi keadaan jalan dan cuaca Asia Pasifik dengan matlamat menawarkan tahap keselamatan maksimum kepada pemilik SUV dan keluarga mereka.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Semasa menerangkan tentang ciri-ciri tayar baru ini, Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Chandan Thakur berkata: “Usaha menyediakan pengangkutan yang lebih selamat sentiasa menjadi prinsip utama kami dalam pembangunan produk. Ramai pemandu tidak sedar bahawa semasa kita memandu, bunga tayar yang menghubungkan setiap tayar kepada jalan raya hanyalah seluas poskad, sedangkan ia mengawal kenderaan seberat beribu kilogram yang sedang bergerak pantas dalam semua keadaan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

“SUV kini digunakan sebahagian besarnya di atas jalan raya. Kenderaan ini lebih besar dan mantap dan menawarkan tahap keterlihatan lebih jelas dan ruang lebih luas, tetapi kadang kala ia sukar untuk dikendalikan dan dihentikan terutamanya di atas jalan basah.

“Kami mengambil kira pendapat pemandu SUV di rantau ini. Tayar MICHELIN Primacy SUV telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan ini dan memberikan keyakinan dan ketenangan demi keselamatan keluarga anda walaupun dalam keadaan pemanduan yang paling sukar diduga.”

Tayar ini menawarkan ciri keselamatan yang jauh lebih baik:

  • Jarak pembrekan lebih singkat sejauh 2.2 meter1 di atas jalan basah.
  • Cengkaman 6%lebih kukuh semasa penyelekohan basah.
  • Jarak pembrekan 1.9  meterlebih singkat dalam keadaan jalan kering.

Menurut Chandan, keupayaan unik MICHELIN Primacy SUV untuk membolehkan perjalanan yang lebih selamat dan lancar dicapai dengan menggunakan teknologi tayar utama Michelin yang berikut:

“Hasil kombinasi teknologi tersebut, tayar MICHELIN Primacy SUV dapat menjanjikan perjalanan yang lebih selamat dan lancar kepada pemandu. Menerusi MICHELIN Total Performance, matlamat ini dicapai tanpa menjejaskan ciri prestasi tayar yang lain seperti hayat bunga tayar dan penggunaan minyak,” tambah Chandan.

MICHELIN Primacy SUV baru boleh didapati dalam saiz tayar 16 inci dan ke atas. Tayar baru ini diedarkan di semua rangkaian wakil pengedar sah TYREPLUS dan Michelin di seluruh negara pada harga RM440 dan ke atas.

 

Previous post

Ford Ranger Baharu Trak Pikap Paling Berkemampuan, Berkuasa dan Pintar di Malaysia

Next post

Lebih Daripada 730,000 BMW X1 Dijual Di Peringkat Global

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *