Gaya Hidup

SHELL Perkenalkan HELIX ULTRA ECT C2/C3 0W-30 Baharu

Shell Lubricants telah melancarkan produk terbaru dan paling canggih dalam rangkaian minyak enjin Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus. Shell Helix Ultra ECT C2/C3 0W-30 baru menawarkan prestasi dan perlindungan enjin yang tiada tandingan, dengan perlindungan daripada kehausan empat kali[7] lebih baik daripada piawaian industri, lantas mencatatkan rekod baru bagi Shell Helix.

Produk utama baru daripada rangkaian Shell Helix ini dirumus dengan Teknologi Shell PurePlus yang dipatenkan dan memaparkan kelebihan Teknologi Serasi Emisi atau Emissions Compatible Technology (ECT), yang dihasilkan untuk membantu melindungi sistem emisi  enjin  diesel dan gasolin paling moden.  Ia juga menepati spesifikasi teknikal yang mencabar dalam industri dan mendapat kelulusan daripada pengeluar peralatan yang terulung, termasuk Mercedes dan Volkswagen.

Photo 1B

Berucap di majlis pelancarannya, Pengurus Besar Shell Lubricants – Malaysia dan Singapura, Leslie Ng, berkata bahawa Shell Helix Ultra ECT C2/C3 0W-30 baru mempunyai spesifikasi paling tinggi berbanding semua minyak enjin di pasaran.

“Formula Shell Helix Ultra ECT C2/C3 0W-30 adalah juga yang paling canggih setakat ini.  Ia direka cipta untuk memberikan prestasi dan perlindungan yang tiada tandingan, untuk membantu enjin anda beroperasi pada prestasi tertinggi.  Seperti produk Shell Helix Ultra kami yang lain, ia dirumus dengan menggunakan Teknologi PurePlus kami yang serba maju.  Struktur molekul Teknologi PurePlus yang stabil adalah ciri penting prestasi minyak enjin Shell Helix Ultra, kerana ia membolehkan kami mencipta minyak enjin dengan prestasi lebih baik daripada sebelum ini.  Ini bermakna kami boleh menghasilkan minyak enjin yang memberikan kebersihan dan perlindungan lebih baik daripada yang dikehendaki oleh pemandu, dan juga lebih penjimatan bahan api,” katanya.

Leslie menekankan bahawa Shell Helix Ultra ECT C2/C3 0W-30 baru dihasilkan dengan keupayaan berbilang bahan api dan sangat sesuai untuk kenderaan paling canggih dengan tahap emisi rendah.  Kenderaan ini biasanya menggunakan kuasa enjin diesel dengan penapis zarahan, enjin gasolin prestasi tinggi atau enjin campuran gas, bio-diesel dan etanol.  Ia juga serasi dengan kebanyakan spesifikasi OEM dan industri.

Photo 3

Formulasi Shell Helix Ultra ECT C2/C3 0W-30 mencapai keputusan yang menakjubkan dalam ujian piawaian industri, membuktikan bahawa tiada minyak enjin lain yang dapat membersihkan enjin anda dengan lebih baik[8].  Selain perlindungan daripada kehausan1empat kali lebih baik, ia memberikan perlindungan tiga kali lebih baik daripada kakisan komponen enjin[9], membantu memanjangkan jangka hayat enjin.

Shell Helix Ultra ECT C2/C3 juga menghasilkan omboh 45% lebih bersih[10]  untuk melindungi dan memaksimumkan hayat kerja enjin dan memberikan sehingga 2.6% penjimatan bahan api[11] atau lebih 16 kilometer setiap tangki.

Shell Helix Ultra ECT C2/C3 dirumus daripada gas asli menggunakan Teknologi Shell PurePlus.  Teknologi gas-kepada-cacair yang serba maju ini menukar gas asli kepada minyak asas sejernih kristal tanpa sebarang bendasing yang terdapat dalam minyak mentah.

Shell Helix Ultra ECT C2 C3 0W 30_4L Pack

Minyak asas membentuk purata 75-90% daripada produk siap.  Ini menjadikan minyak asas berkualiti tinggi dengan isoparafin jauh lebih banyak daripada yang lain sebagai komponen penting dalam minyak enjin peringkat tinggi.  Minyak asas ini kemudian dipertingkatkan dengan Teknologi Pembersihan Aktif milik Shell untuk menghasilkan minyak enjin sintetik penuh paling canggih setakat ini, yang memberikan perlindungan lebih baik daripada mendapan enjin dan perlindungan[12] yang tiada tandingan daripada enapan.

Produk ini menepati spesifikasi ACEA C2, ACEA C3, dan API SN.  Kelulusan yang diterima daripada pengilang termasuk: VW504.00/507.00, MB 229.52, MB 229.51, MB 229.31 dan Fiat 955535.GS1.

Shell Helix Ultra ECT C2/C3 0W-30 baru berharga RM338 untuk pek 4 liter.  Untuk maklumat lanjut, sila ke laman www.shell.com.my

 

[7] Based on Sequence IVA vs API SN using SAE 0W-30

[8] Berdasarkan prestasi ujian enap cemar Jujukan VG yang dijalankan terhadap SAE 0W-30

[9] Berdasarkan ujian kakisan Jujukan VIII berbanding API SN menggunakan SAE 0W-30

[10] Berdasarkan ujian enapan omboh DV4TD menggunakan SAE 0W-30

[11] Berdasarkan keputusan penjimatan bahan api ACEA M 111 berbanding dengan minyak rujukan industri (15W-40)

[12] Berdasarkan prestasi ujian enap cemar Jujukan VG yang dijalankan terhadap SAE 0W-30

Previous post

Kempen Caltex Fuel Your School Kembali

Next post

BMW M: Menetapkan Kadar Kelas Kereta Sport Lebih Lima Dekad

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *