Gaya Hidup

BMW Group Malaysia Tayang ‘Terbit 23’, sebuah Produksi BMW Shorties oleh  Taufiq Kamal

BMW Group Malaysia mengadakan tayangan perdana produksi terkini bertajuk ‘Terbit 23’ yang dihasilkan oleh pemenang hadiah utama BMW Shorties 2014, Taufiq Kamal. Sama seperti filem kemenangannya tahun lalu, ‘Rozita binti Roslan’, filem pendek terbaharu Taufiq Kamal terus memaparkan teknik pembikinan filemnya yang tersendiri dengan menggambarkan semula kaedah sinematik dan naratif-naratif tradisional.

“Apabila saya dan krew penerbitan menerima geran produksi berjumlah RM75,000 daripada BMW Group Malaysia, kami sangat teruja dan bersemangat untuk menghasilkan satu filem yang akan terus mencabar budaya pembikinan filem arus perdana. Matlamat saya adalah untuk membawa seni ke satu arah baharu yang radikal dan memberi inspirasi kepada produksi-produksi masa depan di Malaysia  serta di seluruh dunia supaya melakukan perkara yang sama,” kata Taufiq pada majlis tayangan perdana tersebut.

Jelas Taufiq lagi, “Dengan ‘Terbit 23’, kejayaan bukan sahaja apabila kami dapat mencetuskan mesej yang berkesan menerusi kerja-kerja kami. Malah, apabila penonton menjalin hubungan yang lebih aktif dan bermakna dengan filem pendek. Sekali gus membolehkan mereka memahami dan berkongsi perasaan dengan pemikiran serta emosi watak-watak sepanjang filem ini dimainkan. Ketika inilah kami selaku pembikin filem tahu bahawa kami sudah berjaya menghidupkan skrip berkenaan.”

BMW 03

‘Terbit 23’ mengisahkan tentang Aditya, seorang penulis yang mendapati dirinya berada dalam keadaan serba tidak kena selepas bertemu dengan Airis. Filem pendek berdurasi 17 minit itu meneroka perspektif tentang kewajaran hidup, di mana pemikiran, persepsi dan perasaan watak-wataknya digambarkan menerusi gaya pembikinan filem yang luas. Dengan ketiadaan naratif yang linear dan penggunaan teknik abstrak untuk babak-babak penting, filem pendek ini meneroka ketelapan sempadan di antara drama dan dokumentari dalam satu cara yang mencetuskan rasa menghargai, melankolik dan kegembiraan. Pada masa yang sama berpegang pada pengalaman hidup biasa seorang lelaki.

Dua watak utama iaitu Aditya dan Airis dilakonkan oleh Dali Bin Abdul Azis dan Bianca Li Wei Brand. Kedua-dua orang pelakon itu melakukan debut dalam dunia lakonan menerusi ‘Terbit 23’.

Sewaktu tayangan perdana filem itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Alan Harris berkata, “BMW Shorties diperkenalkan sebagai satu platform untuk mencungkil bakat para pembikin filem yang semakin meningkat naik di Malaysia. Di samping menjangkau sempadan kemampuan pembikinan filem agar mereka lebih dikenali. Dalam diri Taufiq Kamal, kami berjaya mengenal pasti seorang individu yang mampu menerobos sempadan seni filem konvensional. Kami juga percaya beliau dapat pergi jauh dalam industri filem Malaysia. BMW Shorties berbangga kerana dapat menemui Taufiq dan kemahiran beliau dalam seni pembikinan filem. Kami doakan beliau terus berjaya pada masa depan.”

Pertandingan BMW Shorties 2015 dibuka untuk penyertaan hingga Isnin depan, 2 November 2015. Maklumat lanjut mengenai BMW Shorties dan bagaimana untuk menyertainya, sila layari laman web rasmi BMW Shorties di www.bmwshorties.com.my atau laman Facebook rasmi BMW Shorties www.facebook.com/bmwshorties

Terbit 23 Poster.

Previous post

Isuzu D-Max Raikan Sambutan Jubli Borneo Safari

Next post

Land Rover Keluarkan 2 Lagi Versi Discovery

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *