Berita Auto

KIA Lancar SPORTAGE 2WD

NAZA KIA MALAYSIA, pengedar rasmi kenderaan KIA di Malaysia memperkenalkan variasi baru pacuan 2 roda, Sportage 2WD.

Screen Shot 2015-09-04 at 2.02.48 AM

 

Kemasukan varian Sportage 2WD ini menjadi tanda aras baharu dalam kenderaan segmen C-SUV dan merupakan model kedua yang diperkenalkan oleh Naza Kia Malaysia selepas pelancaran Rio 5-pintu pada bulan Mei lalu, tahun ini.

Susulan daripada kejayaan Sportage AWD sebelumnya, spesifikasi Sportage 2WD adalah di antara yang dikagumi. Rekabentuk kereta yang aero dinamik, mempunyai kualiti kabin yang unggul dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan meletakkan Sportage 2WD unik di dalam kelasnya yang tersendiri.

“Anggun, sangat praktikal dan penuh dengan ciri-ciri keselamatan, Sportage 2WD berkebolehan dengan memberikan gaya dan prestasi yang sesuai dengan gaya hidup moden masa kini yang sibuk. Kereta ini juga telah dirangka dan dibina untuk memperolehi prestasi yang lebih efisyen, dan amat sesuai khususnya bagi keluarga yang mengamalkan gaya hidup yang aktif” Kata En Roshdy Hassan, Pemangku Ketua, Naza Kia Malaysia.

Screen Shot 2015-09-04 at 2.03.27 AM

Beliau turut berkata bahawa keseluruhan variasi Sportage dijangka mencapai 10% jumlah keseluruhan sasaran jualan bagi tahun ini.

Sejak pelancaran diperkenalkan pada tahun 2010 di pasaran antarabangsa, Kia Sportage telah berjaya memenangi beberapa anugerah termasuk Anugerah Red Dot Design, Anugerah Reka Bentuk Produk iF, Anugerah Reka Bentuk Baik, Anugerah Peraduan Jenama Automotif dan Anugerah JD Poweruntuk kualiti baru-baru ini.

Sportage 2WD disertakan dengan ciri utama sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam pakej yang lebih mesra-urban, atletik dan maskular. Gril radiator ‘tiger nose’ dan lampu utama hadapan yang runcing dengan panduan pencahayaan LED dan lampu kabus di bahagian hujung depan kerangka bonet jelas membangkitkan garis bahu pada rekaan kereta, sekaligus memberikan imej tegap dan tahan lasak selain memudahkan pemandu mengemudi kenderaan atas jalan raya.

Bercerminkan bahagian hadapan serta lampu belakang kenderaan yang jelas dapat meningkatkan lagi tahap penglihatan pemandu dan pengguna jalan raya yang lain. Rekaan bumbung bertulang, pemegang pintu besar, cermin sisi besar dan rim aloi 17 inci menjadikan imej Sportage 2WD dengan gaya urban pintar-jalanan yang lasak seperti mana keupayaannya menempuh apa sahaja situasi sukar.

Screen Shot 2015-09-04 at 2.02.06 AM

Lengkap dengan kemasan stering kulit serta dilengkapi dengan Motor Driven Power Steering (MDPS), tempat duduk belakang yang boleh dibaringkan, auto cruise control dan bantuan sistem sensor di bahagian belakang kereta adalah ciri-ciri asas Sportage 2WD dalam menjamin keselesaan terbaik untuk semua penumpang.

Sportage 2WD juga dilengkapi dengan rekaan yang lebih praktikal serta bergaya termasuk tempat penyimpanan yang disediakan di bahagian kabin dan sistem penyejukan di dalam glove box.

Diantara ciri lain yang disediakan adalah sistem audio berjenama “Infitiny” dengan tujuh pembesar suara termasuk subwoofer, sistem pencahayaan pengiring, stering boleh laras, paparan kamera belakang dan sistem audio Radio/ CD/ MP3 yang boleh dikendalikan menerusi butang kawalan pada stering.

Enjin berteknologi maju Sportage 2WD multi-point injection (MPI) 2.0-liter Nu mampu menghasilkan kuasa sehingga 154 PS dan kuasa tujahan 191 Nm atau 4,700 RPM dengan transmisi automatik enam kelajuan.

Sportage pacuan dua roda (2WD)turut dilengkapi enam beg udara hadapan, tepi dan sisi untuk ketenangan minda pemilik. Selain itu, SUV ini juga didatangkandengancirikeselamatanProgram KestabilanElektronik (ESP) yang merangkumiSistemBrek Anti-Kekunci (ABS), KawalanKestabilanElektronik (ESC), PengurusanKestabilanKenderaan (VSM), Sistem Bantuan Kawalan Awal Pendakian (HAC), dan sistem KawalanBrekMenuruni Bukit (DBC) bagimenjaminkeselamatantertinggi penumpang.

Model SUV Sportage 2WD ini menawarkan tiga warna iaitu Clear White, Bright Silver dan Mineral Silver pada harga RM118, 888 (di atas jalan)

Screen Shot 2015-09-04 at 2.03.06 AM

Screen Shot 2015-09-04 at 2.00.42 AM

Screen Shot 2015-09-04 at 2.00.18 AM

 

Screen Shot 2015-09-04 at 2.01.37 AM

 

Screen Shot 2015-09-04 at 2.01.06 AM

 

 

 

 

 

 

 

Previous post

Lamborghini Namakan Hypercarnya Yang Akan Datang

Next post

Scania Menguji Kepintaran Syarikat Pengangkutan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *