Gaya Hidup

Scania Menguji Kepintaran Syarikat Pengangkutan

Scania menguji kepintaran para wakil dari syarikat pengangkutan baru-baru ini dengan mencabar mereka memandu kenderaan prime mover Scania untuk mengemudikan trailer 40 kaki melaluii pelbagai rintangan.

1) Knock the Cones- Head

Acara “Knocking the cones”

Selaku Penganjur Platinum bagi Association of Malaysian Hauliers (AMH) D’Gala Nite 2015, Scania memeriahkan suasana majlis makan malam tahunan tersebut dengan edisdi khas Scania Driver CompetitionPertandingan Pemandu Scania yang memberi peluang kepada para tetamu untuk mengalami kerja harian seorang pemandu kenderaan berat.

Pertandingan Pemandu Scania – Edisi AMH D’Gala Nite 2015 juga merupakan acara pendahuluan kepada Pertandingan Pemandu Scania 2014/2015 Malaysia-Singapura (SDC) yang bakal berlangsung pada penghujung tahun ini.

2) Tom Kuiphis, Pre Sales Director of Scania Southeast Asia presented   the...

Tom Kuiphuis, Pengarah Pra-Jualan, Scania Asia Tenggara, menyampaikan hadiah kepada Juara, Vissnu a/l Rengasamy, Pengarah Urusan L & R Haulage Sdn Bhd.

Edisi istimewa tersebut dijuarai oleh En. Vissnu a/ls/o Rengasamy, Pengarah Urusan L&R Haulage Sdn. Bhd., dengan En. Said Harun, Pengurus Cawangan Kontena Nasional Bhd. Pelabuhan Kelang sebagai pemenang tempat kedua dan peserta wanita yang tunggal sSaudari K. Maria, Pembantu Pengurus LTS Logistics Sdn. Bhd. Yyang merupakan peserta wanita yang tunggal dalam pertandingan ini, sebagai pemenang tempat ketiga. Bagi mereka yang telah menyertainya, pertandingan ini menimbulkan kesedaran akan pentingnya kemahiran, kegigihan dan daya kawalan pemandu-pemandu mereka dalam memelihara prestasi dan keadaan trak.

3) Tom Kuiphis, Pre Sales Director of Scania Southeast Asia presented the s...

Tom Kuiphuis, Pengarah Pra-Jualan, Scania Asia Tenggara, menyampaikan hadiah kepada pemenang kedua, Said Harun Pengurus Cawangan Pelabuhan Kelang, Kontena Nasional Berhad.

 

“Pertandingan ini amat menyeronokkan bagi para peserta, dan di samping itu mereka berpeluang merasai pentingnya teknologi unggul dalam kenderaan berat untuk melaksanakan tugas dengan baik,” kata Pengarah Jualan Scania Asia Tengara, Idros Puteh.

Dua kenderaan Scania prime movers turut dipamerkan dalam majlis tersebut – P410LA6X2MSZ dengan Opticruise dan Streamline G460LA6X2MNA – termasuk sistem Scania Fleet Management.

4) Tom Kuiphis, Pre Sales Director of Scania Southeast Asia presented the t...

Tom Kuiphuis, Pengarah Pra-Jualan, Scania Asia Tenggara, menyampaikan hadiah kepada pemenang ketiga, K. Maria, Penolong Pengurus LTS Logistics Sdn Bhd.

“Itu hanya sebahagian daripada banyak lagi produk dan perkhidmatan yang merangkumi Scania Total Solutions yang membolehkan syarikat-syarikat pengangkutan mengoptimumkan prestasi angkatan kenderaan demi mencapai keuntungan tertinggi,” tambah Idros.

Tetamu kehormat majlis tersebut ialah YBhg Tan Sri Dato’ Seri Dr Syed Hamid Albar, Pengerusi Suruhanjaya  Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan YBhg Datuk Che Azizuddin Che Ismail, Presiden AMH.

5) BKL_4088

Dari kiri ke kanan: Vissnu a/l Rengasamy, Pengerusi Penganjur Persatuan Haulier Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr Syed Hamid Albar, Pengerusi SPAD, Datuk Che Azizuddin Che Ismail, Presiden Persatuan Haulier Malaysia (AMH) dan Tuan Haji Idros Puteh, Pengarah Jualan, Scania Asia Tenggara.

Previous post

KIA Lancar SPORTAGE 2WD

Next post

Audi Q7 Diiktiraf 5 Bintang Dalam Ujian Kemalangan Euro NCAP

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *