Gaya Hidup

Toyota Lapur Catat Keuntungan

Toyota Motor Corporation (TMC) hari ini, mengumumkan hasil kewangan mereka bagi suku tahun berakhir pada 30 Jun, 2015.

Jualan kenderaan yang disatukan bagi suku pertama berjumlah 2.114.000, satu penurunan sebanyak 127,285 unit berbanding tempoh yang sama tahun fiskal yang lalu. Secara gabungan, pendapatan bersih bagi tempoh yang berjumlah 6.98 trilion yen, meningkat sebanyak 9.3 peratus.  Pendapatan operasi meningkat daripada 692.7 bilion yen kepada 756.0 bilion yen, manakala pendapatan sebelum cukai adalah 845.2 bilion yen.Pendapatan bersih meningkat dari 587.7 bilion yen kepada 646.3 bilion yen.

Pendapatan operasi meningkat sebanyak 63.2 billion yen. Faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan ini termasuk turun naik mata wang kepada 145.0 bilion yen dan usaha pengurangan kos sebanyak 60.0 bilion yen.

Di Asia, jumlah jualan kenderaan adalah 328,602 unit, penurunan kepada  56,774 unit, manakala pendapatan operasi menurun sebanyak 10.2 bilion yen kepada 100.0 bilion yen.

Pendapatan operasi servis kewangan menurun sebanyak 28.0 bilion yen kepada 70.1 bilion yen, termasuk kerugian 26.6 bilion yen dari segi nilai untung/rugi dari kadar faedah.  Tidak termasuk nilai untung/rugi, pendapatan operasi meningkat sebanyak 14.7 bilion yen kepada 96.8 bilion yen.

Toyota-mirai-production-02

 

Previous post

Gambar Hari Ini - FIAT 131 Abarth Yang Dipertingkatkan

Next post

Toyota Celica Supra - Supercar Yang Hilang Dari Ingatan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *