Gaya Hidup

Roadshow Volkswagen Diteruskan

Bersempena dengan kerjasama pertama antara Volkswagen dengan Kuala Lumpur Fashion Week, ikon-ikon abadi jenama ini – Beetle dan Golf akan dipamerkan di Pavilion dan Fahrenheit. Akan terdapat pratonton eksklusif Beetle Club edisi terhad dipamerkan di pintu masuk Pavilion sepanjang KL Fashion Week.

Lokasi Tarikh
Fahrenheit 31 Julai –  16 Ogos
IOI City Mall 5 Ogos – 9 Ogos
Sunway Putra 6 Ogos – 9 Ogos
Pavilion 12 Ogos – 16 Ogos
Empire Subang 27 Ogos – 31 Ogos

Roadshow Volkswagen akan diteruskan di Sunway Putra dan Empire Subang. Peminat bagi jenama ini akan dapat mengetahui lebih lanjut mengenai kempen pembiayaan terkini dan harga istimewa yang lain. Pada setiap hari roadshow ini, seorang pemenang akan dapat memandu pulang baucar petrol RM200 dengan menyertai pertandingan Instagram yang sangat mudah.

Bulan ini juga akan menyaksikan kembalinya jualan carnival Volkswagen. Ia akan diadakan di IOI City Mall dari 5 Ogos hingga 9 Ogos. Pelawat ke karnival boleh pulang ke rumah dengan barangan eksklusif, jadi jangan lepaskan peluang ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang kuasa kejuruteraan Jerman ini.

Fahrenheit-2

 

 

Previous post

Gambar Hari Ini - Mazda RX-7 1978 - Kereta Sport Klasik

Next post

Fiat 500x Dapat Iklan Kelakar di Amerika Syarikat

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *