Berita Auto

Wajah Baharu Kenderaan Elektrik Mitsubishi Outlander Plug-in Hibrid diDedahkan

Mitsubishi Motors Corporation telah mengumumkan ciri-ciri baharu badan, casis, peningkatan rangkaian kuasa, serta perubahan penggayaan dalaman bahagian depan dan belakang bagi wajah baharu Outlander PHEV plug-in hibrid SUV 2016.  Naik taraf ini adalah selaras dengan perubahan Mitsubishi Outlander baharu 2016, yang memberikan prestasi di atas jalan yang lebih responsif dengan peningkatan dari segi kesenyapan, prestasi kawalan stereng, pengendalian dan pemanduan.

Mitsubishi-Outlander-PHEV-2

Tambahan dari ini, perubahan kepada Outlander PHEV 2016 telah direka untuk memberikan kecekapan dari segi penggunaan minyak hibrid yang lebih baik dan rasa pecutan dan gegeran yang responsive, manakala pambaharuan dari segi kosmetik – termasuk rekaan ciri ciri unik pada PHEV – memberikan kenderaan elektrik flagship dari Mitsubishi lebih upmarket, penampilan luar dan dalam yang bernilai tinggi.  Ciri ciri keselamatan aktif baharu – seperti Multi-around View Monitor baharu – yang dapat bantu menghalang parkir pecutan-rendah dan kemalangan trafik akan diperkenalkan dalam rangkaian Outlander PHEV 2016.  Wajah baharu model 2016 ini telah diumumkan untuk pasaran domestik Jepun, dan Outlander PHEV yang dinaik taraf akan masuk ke pasaran global pada Julai ini.

Mitsubishi-Outlander-PHEV-6

Prestasi di Atas Jalan

Sebagai tambahan kepada pembaharuan umum Outlander 2016 pada NVH, stereng, pemanduan dan pengendalian, Mitsubishi Motors telah meningkatkan kecekapan bahan api pada sistem hibrid plug-in Outlander dengan mengurangkan geseran enjin dan keseluruhan pengoptimum sistem.  Ianya memperbaharui kecekapan bahan api hibrid kepada 8 peratus dengan angka resmi 20.2km/I (mod JC08).  Manakala, pembaharuan kepada kecekapan motor elektrik telah ditambah pada semua rangkaian elektrik Outlander PHEV 2016 pada 0.6km hingga 60.8km berdasarkan pada mod JC08.

Mitsubishi-Outlander-PHEV-5

 

 

 

Previous post

BMW Rangkul Anugerah ‘Engine of the Year’ Buat Tiga Tahun Berturut Turut

Next post

Litar Nardo Kini Sudah 40 Tahun

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *