Berita Auto

Jaguar Land Rover akan di Pasang di Malaysia atau Thailand

Tata Motors India sebuah pengeluar kereta mewah Jaguar dan SUV jenama Land Rover mewah sedang mengkaji kemungkinan menubuhkan kilang pemasangan serantau di Asia Tenggara, menurut laporan di Thailand.

JaguarXF

Sanpong Chuenroj, pengarah urusan Jaguar Land Rover Thailand, memberitahu kepada pemberita tempatan baru-baru ini bahawa sebuah kilang pemasangan serantau yang membolehkan peniaga mengurangkan harga dari 20-40%, meningkatkan potensi jualan tahunan di Asia Tenggara dari 3,000 hingga 5,000 unit.

Jaguar-XKR-S-GT

Thailand dan Malaysia ialah calon pendahulu untuk lokasi kilang. Pengedar Thai RMA Group, yang juga mempunyai operasi pengubahsuaian kenderaan yang berskala besar untuk Ford dan Land Rover di Chonburi, telah mencadangkan untuk menjadi pemasang serantau JLR ini.

jaguar-xf

Di Malaysia, pemasang pelbagai jenama tempatan Sime Darby sudah pun memasang Land Rover Defender dalam jumlah yang terhad untuk pasaran tempatan dan mempunyai keupayaan untuk mengambil pemasangan kereta Jaguar di kilangnya.

jaguar_f_type

Previous post

Aston Martin Vulcan Oren Dipamerkan Di Jerman

Next post

VW California, 'Rumah Bergerak’

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *