Cerita Auto

Aston Martin Vulcan Oren Dipamerkan Di Jerman

Versi oren cerah Aston Martin Vulcan baru saja dilihat di Jerman, dan warna baru ini benar-benar membuat kereta yang bernilai hampir  £2 juta ini benar-benar menonjol. Vulcan, yang disebut-sebut sebagai pesaing Ferrari FXX &  McLaren P1 GTR, dikuasakan bukan oleh motor elektrik, mahupun rangkaian kuasa hibrid. Ia adalah satu pembakar petrol mudah dan tulen. Mungkin tidak semudah itu.

aston-martin-vulcan-2

Di bawah hood oren, anda akan menemui V12 7liter beraspirasi semulajadi yang memberi lebih daripada 800 bhp! Kuasa ini dihantar ke roda melalui transmisi berjujukan 6 kelajuan dari Xtrac yang menghasilkan masa 0-100 kurang daripada 3 saat dan kelajuan maksimum 322km/j.

aston-martin-vulcan-4

Terdapat banyak kuasa penghenti juga. Brek gentian karbon oleh Brembo menggunakan teknologi terbukti F1 dengan enam pistons di bahagian hadapan dan 4 di belakang.

Buat masa ini, Aston oren ini akan bermastautin di satu pusat ujian berdekatan dengan Nürburgring.

aston-martin-vulcan-3

 

 

Previous post

Mercedes E300 BlueTEC Hibrid: Diesel Yang Pure Electric

Next post

Jaguar Land Rover akan di Pasang di Malaysia atau Thailand

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *