Berita Auto

Fiat Akan ‘Rebadge’ Mitsubishi Triton

Fiat Chrysler Automobiles dan Mitsubishi Motors sedang berusaha untuk menyiapkan butir butir akhir kontrak di mana pembikin auto Jepun akan menyediakan jenama Fiat dengan pembinaan versi Thai baharu pickup saiz sederhana L200. Fiat merancang untuk menjual model pickup ini di Eropah dan Amerika Latin, di mana permintaan untuk model ini semakin meningkat.

Mitsubishi mula mengeluarkan rekaan semula model L200, yang juga dikenali sebagai Triton, di Laem Chabang tahun lepas.  Pembikin kereta dari Jepun ini bermatlamat untuk meningkatkan jualan generasi baharu L200 di peringkat global sebanyak 200,000 unit setahun berbanding 130,000 bagi model lama.  10% adalah dari jualan L200 di Eropah, menjadikannya rantau kedua terbesar jualan pickup selepas ASEAN, yang termasuk Thailand, Malaysia dan Vietnam.  Mitsubishi tidak menjual L200 di US, Canada dan Jepun.

Fiat Chrysler dijangka akan mula menjual pickup ini pada 2016 di bawah jenama kenderaan komersial ringan Fiat Professional.  Mengembangkan rangkaian jenama Fiat Professional adalah elemen yang penting bagi rancangan CEO Fiat Chrysler Sergio Marchionne untuk menjadikan bisnes pengeluaran kereta di Eropah menguntungkan secara konsisten.

Rangkaian Fiat terkini termasuk model Strada, front-wheel-drive sahaja,pickup bersaiz kecil unibody dibina di Brazil dan dijual di Eropah dan Amerika Latin. Model Strada adalah model pickup paling laris dijual di Eropah tahun lepas dan berada dalam kedudukan ke sembilan keseluruhannya walapun hanya berjumlah 1,399 unit, menurut JATO Dynamics.  Pickup paling laris di Eropah tahun lepas adalah Toyota Hilux (24,040 unit) dengan Ford Ranger (22,019), Volkswagen Amarok (16,007), Nissan Navara (13,451) dan L200 (13,271) berada di kedudukan lima teratas.  Penjualan keseluruhan segmen sedang meningkat di mana penjualan pickup naik 5 peratus tahun lepas sebanyak 114,892 berbanding 2013.

Mitsubishi-L200_2

Previous post

Generasi Baru Prius

Next post

Kashi Kikai, Kilang Transmisi Enjin Termaju di Malaysia Telah Dilancarkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *