Cerita Auto

Kashi Kikai, Kilang Transmisi Enjin Termaju di Malaysia Telah Dilancarkan

Akashi Kikai Industry (M) Sdn Bhd, kilang Electronik Automatic Transmission (E-AT) termaju di Malaysia telah dilancarkan secara resmi hari ini oleh YAB Dato’ Seri Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Kilang E-AT ini yang juga membekalkan enjin transmisi manual dan juga komponen  lain melaburkan 200juta untuk pembinaannya dan kini membekalkan produknya khusus untuk Perodua. Perodua-EMY_0532 Pada 7 Mac 2012, Akashi Kikai Co Ltd Japan telah memasukki satu perjanjian dengan Menteri Besar Incoporated (MBI) Negeri Sembilan dan BSS Development Sdn Bhd; untuk memperolehi tanah dari Negeri Sembilan untuk membina kilang E-AT.  Kawasan tanah yang diperolehi berjumlah 113,000 meter persegi. Saiz asal kilang lebih kurang 13,000 meter persegi, manakala kilang mampu mengeluarkan produk 200,000 unit setahun. Perodua-EMY_0523

Ahli pemegang saham Akashi-Kikai Industry terdiri dari Akashi-Kikai Industry co Ltd, kilang di Jepun, 51%, Daihatsu Motor Corporation Sdn Bhd 39% dan Perodua 10%. Daihatsu, melalui anak syarikatnya, Akashi Kikai Industry (M) Sdn Bhd memperuntukkan RM100 jutauntuk modal dan kini menggajikan 200 pekerja. Kilang ini terletak di Sendayan TechValley, Seremban, Negeri Sembilan, lebih kurang 2 jam dari Kuala Lumpur. Perodua President & CEO, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata bahawakilang Akashi Kikai Industry (M) adalah penanda aras yang penting untuk rancangan strategik 5 tahun oleh Perodua untuk menjadi lebih mampu saing.

Previous post

Fiat Akan ‘Rebadge’ Mitsubishi Triton

Next post

Audi 2.5 liter TFSI Memang Anugerah Tahunan Enjin Antarabangsa

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *