Cerita Auto

Cadangan Untuk Alfa Romeo Giulia Versi Wagon

Sejak Alfa Romeo Giulia baru telah diperkenalkan lebih dari sebulan yang lepas, hanya varian Quadrifoglio Verde telah ditunjukkan kepada dunia. Gaya body yang tunggal, sedan empat pintu kini disertai oleh reka bentuk yang dicadangkan Giulia CrossWagon, yang akan bersaing dengan Audi A4 Allroad, jika ia terima lampu hijau untuk pengeluaran.

Perhatikan hujung belakang yang lebih praktikal, bersama-sama dengan roofline yang sedikit condong, sisitem suspensi yang dinaikkan, perlindungan bawah body berwarna hitam, splitter depan, gerbang roda dan skirt tepi berwarna hitam. Alfa telahpun menawarkan kenderaan yang bertumpukan off-road, dalam bentuk 156 CrossWagon, jadi jangan terkejut jika anda melihat Giulia dalam versi yang sama. Model terkini di tujukan kearah BMW M3, Mercedes-AMG C63 S dan Audi RS4 yang akan datang. Ia menggunakan enjin turbocharged, dengan enam silinder dan jumlah keluaran 503bhp, dihantar ke roda belakang. Dari 0-100km/h, model ini memerlukan hanya 3.9saat. Penampilan pertama kepada awam akan dibuat di Frankfurt Motor Show 2015 pada bulan September.

 

Previous post

Audi Sambut 21 Tahun Kemunculan Audi A8 dengan 121 Unit Edisi Khas

Next post

Desas Desus Enjin Baby Honda NSX

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *