Gaya Hidup

Audi Sambut 21 Tahun Kemunculan Audi A8 dengan 121 Unit Edisi Khas

Dua dekad sudah berlalu sejak Audi A8 diperkenalkan, dan kini Audi menyambut model mewah saloon ini dengan model bespoke – Edisi 21. Menggunakan campuran pilihan rekaan pembangunan yang terkini, teknologi dan kemewahan dari rangkaian A8 yang telah diubah semula, dan kebanyakannya dipasang eksklusif sebagai standard untuk versi ini, model A8 Edition 21 boleh didapati sebagai standard dan dalam format long whellbase pada harga  £72,525 OTR dan £76,490 OTR.

Audi-A8-21-3

Sebanyak 121 unit kereta ini kini boleh ditempah dan pelanggan boleh menjangka penghantarannya bermula November ini.

Audi-A8-21-2

A8 Edition 21 menggunakan enjin V6 TDI 3.0 liter EU6-compliant yang menghasilkan 262PS dan tork 580Nm antara 1,750 dan 2,500 rpm.  Ianya dikuasakan dengan transimisi 8-kelajuan tiptronic yang disambung pada pacuan empat roda Quattro kekal, dan pecutan hingga 62 mph hanya dicapai dalam 5.9 saat saja.

Audi-A8-21-6

Bagi model long-wheelbase, ianya meningkat sedikit iaitu6.1 saat, dan keduanya berupaya untuk mencapai kelajuan tertinggi terhad secara elektronik 155 mph.  kombinasi penggunaan bahan api dan emisi adalah pada 47.9mpg dan emisi CO2sebanyak 155 g/km pada model wheelbase standard, meningkat kepada 159g/km dan 47.1 mpg untuk model long wheelbase.

Audi-A8-21-5

Highlight lain dalam model A8 adalah model W12 4.0 liter 2001, yang pada masa itu merupakan produksi kereta saloon yang paling berkuasa di dunia dan saloon pertama yang menampilkan enjin 12-silinder dengan kombinasi empat pacuan roda.  Versi baharu enjin 6.3 liter ini menampilkan teknologi Cylinder-on-Demand yang terus menghasilkan 500PS dengan  pembaharuan halus pada rangkaian A8 yang ada kini.

Audi-A8-21-4

 

Previous post

VW California, 'Rumah Bergerak’

Next post

Cadangan Untuk Alfa Romeo Giulia Versi Wagon

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *